Home Ekonomi Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan dengan aktiviti pembelian oleh peniaga berikutan tertumpu pada penambahan stok simpanan, kata pakar industri Denis Low.

Beliau percaya harga dan permintaan tidak berubah dengan kecenderungan untuk menjadi lebih rendah.

\”Tentunya terdapat banyak kekacauan akibat tarif Amerika Syarikat (AS). Ini mungkin akan menyebabkan ketidaktentuan berterusan di pasaran dengan ramai pengeluar dan peniaga lebih suka tunggu dan lihat berkenaan keseluruhan kisah ini,\” kata Low kepada Bernama.

Selain itu, beliau berkata turun naik pasaran kemungkinan disebabkan oleh keadaan cuaca dengan cuaca panas dan ribut musim panas dijangka berlaku di beberapa kawasan di Thailand.

\”Pada masa yang sama, pihak ramalan cuaca di Malaysia meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri.

\”Faktor lain yang menyebabkan turun naik iaitu kadar tukaran wang asing apabila mata wang boleh turun naik dengan mendadak pada masa-masa tertentu,\” kata Low.

Sementara itu, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (Margma) berkata unjuran pasaran getah minggu depan berkemungkinan terus menurun disebabkan oleh isyarat bercampur yang berpunca daripada perang perdagangan AS-China yang berterusan dan ketegangan geopolitik.

Ketidakpastian yang berpanjangan mengenai dasar perdagangan AS dijangka memberi tekanan kepada pasaran, katanya.

\”Bagaimanapun, bekalan getah asli di negara pengeluar utama dan langkah rangsangan yang berpotensi dari China mungkin dapat mengehadkan penurunan selanjutnya.

\”Harga dijangka terus mengikut prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah penanda aras,\” kata persatuan itu.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah diniagakan kebanyakannya bercampur-campur terutamanya menjejaki niaga hadapan getah serantau serta dasar perdagangan AS yang tidak menentu, harga minyak mentah dan prestasi ringgit berbanding dolar AS.

Secara mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menokok sebanyak 1.5 sen kepada 752.50 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot sebanyak 26.0 sen kepada 625.50 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada Jumaat, 18 April 2025 sempena sambutan Good Friday.-Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...