Home Ekonomi Pasaran getah ditutup lebih rendah
Ekonomi

Pasaran getah ditutup lebih rendah

Pasaran getah ditutup lebih rendah

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 20 September– Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini di tengah-tengah petunjuk yang bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau selepas sentimen mula terjejas susulan kebimbangan terhadap pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih drastik, kata seorang peniaga.

Sentimen pasaran turut diheret oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US.

“Bagaimanapun, kerugian seterusnya telah dihadkan oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama di tengah-tengah pengumuman ransangan China,\” kata beliau kepada Bernama.

Peniaga itu berkata getah Jepun merosot hari ini tetapi berada dalam aliran menaik mingguan selepas kelembapan dalam prospek ekonomi China telah menjejaskan prospek permintaan pengguna tertinggi itu walaupun diharapkan rangsangan monetari baharunya akan meningkatkan sentimen.

Katanya lagi, Bank Rakyat China telah mengekalkan penanda aras kadar utama pinjaman hari ini tetapi kadar itu mungkin berubah lemah susulan keadaan ekonomi negara yang semakin merungsingkan.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 turun sembilan sen kepada 843 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurangan 1.5 sen kepada 690 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 fizikal berada pada 835 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 688 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....