Saturday , 16 November 2024
Home Ekonomi Pasaran getah dijangka tidak berubah minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka tidak berubah minggu depan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Oktober – Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan dalam mod mendatar minggu depan, dengan permintaan dan harga kekal rendah, menurut pakar industri Denis Low.

Beliau berkata pasaran juga akan mengalami aliran tidak banyak berubah berikutan aktiviti lazim pengisian semula stok, manakala minat terhadap pembelian stok getah tambahan akan kekal buat masa ini.

“Ketidaktentuan dalam ekonomi global boleh menyebabkan turun naik harga dan permintaan, namun, buat masa ini, pasaran akan menyaksikan aktiviti lazim pengisian semula stok,” kata Low kepada Bernama.

Beliau juga berkata cadangan penangguhan 12 bulan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) melegakan beberapa syarikat dan kerajaan antarabangsa.

Bagaimanapun, banyak organisasi alam sekitar telah mengkritik penangguhan itu, kata Low.

\”Ini juga mungkin memperlahankan aktiviti penyimpanan stok getah disebabkan ketidaktentuan pematuhan dan potensi perubahan pasaran,\” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) kekal optimistik terhadap prospek pasaran getah, didorong oleh kenaikan harga minyak mentah dan pengukuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), walaupun kebimbangan bekalan berterusan.

\”Cabaran seperti penurunan kecil harga lateks, prestasi ekonomi bercampur-campur di China, dan ketegangan geopolitik di Asia Barat menyumbang kepada ketidaktentuan pasaran,\” katanya.

MARGMA berkata walaupun pertumbuhan dalam sektor automotif China mungkin memberikan sedikit peningkatan, ia tetap berwaspada dan akan memantau dengan teliti perkembangan dinamik ini ketika mengharungi minggu-minggu akan datang.

Seorang lagi peniaga berkata pengendali pasaran akan terus memantau penunjuk ekonomi global, terutamanya petunjuk mengenai pemotongan kadar faedah AS dan keberkesanan rangsangan China terhadap prestasi ekonomi.

\”Mereka juga akan memerhatikan perkembangan berkaitan EUDR, konflik Timur Tengah, dan keputusan pilihan raya AS,\” katanya.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menurun 9.5 sen kepada 862.5 sen sekilogram daripada 872 sen sekilogram minggu lepas.

Lateks pukal turun 7.5 sen kepada 750 sen sekilogram daripada 757.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 fizikal berada pada 855 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 746.5 sen sekilogram. – Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil
Ekonomi

Kadar jangka pendek antara bank ditutup stabil

BANK NEGARA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 14 November– Kadar jangka pendek antara bank ditutup...

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah berikutan pengukuhan dolar AS

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 14 November- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Minyak transformer berupaya mengurangkan risiko kebakaran di pencawang elektrik

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir / Foto RTMBANGI,...

Ekonomi

Lawatan rasmi PM ke Mesir jana potensi eksport RM4.8 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Meja Bulat para...