Home Ekonomi Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan, dengan permintaan stabil menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, kata pakar industri Dennis Low.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand telah memberi amaran bahawa monsun timur laut yang melanda Teluk Thailand dan Selatan Laut Andaman akan bertambah kuat pada hujung minggu ini, membawa hujan lebat ke kawasan selatan Thailand.

“Ini boleh menyebabkan banjir kilat dan hujan lebat yang berterusan. Hujan yang berterusan ini akan menyebabkan bekalan tidak mencukupi serta harga barangan naik dan permintaan meningkat,” katanya kepada Bernama.

Harga minyak yang tidak menentu dan dolar AS juga dijangka memberi impak kepada harga dan permintaan.

Ketidakstabilan yang ketara ini mencerminkan ketidaktentuan dan boleh mewujudkan langkah berhati-hati dan kebimbangan pada masa yang sama.

“Oleh itu, kita mungkin menyaksikan pendekatan yang lebih berhati-hati dalam perdagangan komoditi ini,” katanya.

Menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), pasaran getah dijangka tidak menentu minggu depan disebabkan ketegangan perdagangan yang meningkat antara Amerika Syarikat (AS) dan China, dengan kemungkinan ancaman perang perdagangan baharu.

Katanya Bank Dunia turut memberi amaran bahawa tarif AS boleh mengurangkan unjuran pertumbuhan global.

“Harga akan terus menjejaki prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS selain harga minyak mentah.

“Keadaan cuaca tidak menentu yang berterusan di negara-negara pengeluar utama getah juga akan terus mempengaruhi kebimbangan mengenai bekalan getah semasa,” katanya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, pasaran getah Kuala Lumpur diniagakan bercampur-campur dengan harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 18.0 sen kepada 894.0 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 6.0 sen kepada 670.50 sen sekilogram. -Livevartha

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...