Thursday , 26 December 2024
Home Ekonomi Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka meningkat minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 9 November– Pasaran getah tempatan dijangka menyaksikan dagangan lebih tinggi pada minggu depan, susulan peningkatan aktiviti menambah stok simpanan yang menyokong harga serta permintaan terhadap komoditi itu.

Pakar industri, Denis Low berkata aktiviti itu akan menjadi tumpuan dalam usaha mengelak masalah kekurangan bekalan selain menangani ketidaktentuan.

“Hujan lebat pada minggu lepas telah menjejaskan kegiatan menoreh dan pengumpulan getah yang boleh mendorong kekurangan bekalan,\” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Low berkata kejayaan Donald Trump yang bakal dilantik semula sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) turut memberi tekanan kepada jutaan pengeksport China.

\”Sewaktu berkempen, Trump telah mengetengahkan idea untuk mengenakan tarif tambahan sebanyak 60 peratus atau lebih ke atas produk China yang dijual di AS.

\”Ini berkemungkinan menyebabkan pembeli lain meningkatkan import getah masing-masing susulan jangkaan peningkatan tarif itu di masa depan,\” katanya.

Sementara itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) optimis terhadap prospek pasaran getah pada minggu depan dan menjangkakan harga akan terus menjejaki prestasi pasaran hadapan getah serantau.

“Prospek bagi pasaran getah kelihatan lebih optimis namun berhati-hati, terutamanya impak kemenangan Trump ke atas ekonomi AS.

\”Gabungan faktor seperti stok simpanan getah asli yang susut, prospek langkah rangsangan China dan impak positif daripada pasaran getah serantau boleh menyokong kenaikan harga getah,\” katanya.

Pada masa sama, MARGMA mengingatkan faktor pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan keadaan ekonomi global kekal menjadi risiko utama dan boleh mempengaruhi pasaran.

Bagi asas perbandingan Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 naik 34 sen kepada 894 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 64 sen kepada 667.5 sen.

Pada pukul 5.00 petang Jumaat, SMR 20 berada pada 886 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 660 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Dividen ASB 2024, bukti ekonomi mengukuh – Penganalisis

Foto Kecil: Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad...

Ekonomi

Kerjasama blok ASEAN perkukuh cabaran geopolitik, ekonomi global

Datuk Ramesh KodammalKUALA LUMPUR, 25 Disember- Blok ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh...

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan
Ekonomi

PNB komited tingkat simpanan, pelaburan pelanggan

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd. (PNB) menyasarkan untuk meningkatkan aset di bawah...

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun
Ekonomi

Dividen ASB 5.75 sen seunit, tertinggi dalam lima tahun

PETALING JAYA: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan yang tertinggi...