Home Ekonomi Pasaran getah dijangka diniagakan sedikit rendah minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka diniagakan sedikit rendah minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan rendah sedikit minggu depan dalam persekitaran permintaan yang perlahan, berikutan pengeluaran dijangka menyusut disebabkan musim daun getah luruh, kata pakar industri Denis Low.

Beliau berkata Jabatan Meteorologi Thailand telah mengeluarkan amaran cuaca ribut musim panas yang membawa hujan lebat, angin kencang, hujan batu, dan kilat yang dijangka menjejaskan 40 wilayah.

\”Sumber utama ketidakstabilan lain dalam pasaran adalah kadar pertukaran yang berubah-ubah. Kami melihat perubahan yang signifikan dalam dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding dengan mata wang lain di seluruh dunia, dan ini tidak menguntungkan pasaran,\” katanya kepada Bernama.

Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia turut menyatakan sentimen yang sama dan berkata bekalan getah akan kekal terhad disebabkan musim daun getah luruh dan cuaca lembap.

Sementara itu, ia turut menyatakan bahawa faktor-faktor lain yang memberi kesan kepada pasaran termasuk perang perdagangan, dasar tarif AS serta ketegangan geopolitik, terutamanya hubungan perdagangan AS-China.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 15.0 sen kepada 899.50 sen setiap kilogram (kg), manakala lateks pukal menurun 4.0 sen kepada 708.00 sen setiap kg.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...