Home Ekonomi Pasaran getah dijangka diniagakan rendah minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka diniagakan rendah minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Pasaran getah Malaysia dijangka akan diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan sedikit menurun pada minggu depan, memandangkan pelbagai industri masih berhati-hati dengan dasar tarif Donald Trump, kata pakar industri Denis Low.

Memandangkan suasana ketidakpastian yang sedang berlaku dalam pasaran, komoditi berkemungkinan akan terjejas dengan ketara, kata beliau.

“Akibat ketidaktentuan ini, peniaga dan industri berkemungkinan mengambil pendirian untuk menyimpan sebarang komoditi yang sensitif terhadap harga pasaran, termasuk getah,” kata Low kepada Bernama.

Beliau juga berkata berikutan musim daun pokok getah luruh yang sedang berlangsung ketika ini sebarang penurunan dalam permintaan akan diimbangi oleh pengurangan dalam pengeluaran.

Sementara itu, Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) berkata pasaran getah mungkin melihat beberapa trend positif minggu depan disokong oleh langkah rangsangan China dan jangkaan kenaikan harga minyak.

Ia bagaimanapun berkata konflik peperangan yang berlaku di Timur Tengah mungkin boleh menjejaskan prospek pasaran dan perdagangan global secara negatif.

“Harga berkemungkinan akan dipengaruhi oleh keputusan berkaitan tarif Amerika Syarikat yang dijangka pada 2 April, memandangkan pasaran semakin tidak pasti tentang inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

“Ia akan terus mengikuti prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar AS, dan harga minyak mentah penanda aras di tengah kebimbangan terhadap bekalan getah asli pada permulaan musim daun getah luruh dan musim hujan,” kata MARGMA.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat sebanyak 8.5 sen kepada 880 sen sekilogram, manakala lateks pukal merosot sebanyak 4.5 sen kepada 688.5 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Dolar AS rendah dorong ringgit dibuka tinggi

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 25 April- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada...

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus
Ekonomi

Inflasi dijangka kekal 2.4 peratus

INFLASI dijangka kekal 2.4 peratus tahun ini. – GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Kadar...

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini
Ekonomi

OPR diunjur turun kepada 2.75 peratus Julai ini

KADAR Dasar Semalaman (OPR) dijangka turun kepada 2.75 peratus pada Julai ini...

Ekonomi

Pasaran getah ditutup bercampur-campur ketika harga minyak mentah stabil

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 24 April– Pasaran getah Malaysia diniagakan bercampur-campur hari ini,...