Home Ekonomi Pasaran getah dijangka diniaga mendatar minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka diniaga mendatar minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 April- Pasaran getah Malaysia dijangka diniaga secara mendatar pada minggu akan datang dengan harga berkemunginan menjejaki niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah, dalam persekitaran ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Persatuan itu berkata minggu ini dipenuhi dengan pelbagai peristiwa, dengan beberapa siri pengumuman berkaitan tarif yang telah menjejaskan pasaran getah serantau dan harga minyak mentah, ditambah dengan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS.

Bagaimanapun, pasaran mungkin melihat momentum positif pada minggu akan datang yang disokong oleh lawatan Presiden China Xi Jinping ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia.

“Bekalan getah asli kekal terhad di negara pengeluar utama berikutan keadaan cuaca dan kerosakan tanaman di Thailand.

“Walaupun harga getah mungkin meningkat semula disebabkan faktor-faktor ini, kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemelesetan ekonomi global masih wujud,” kata persatuan itu kepada Bernama.

Sementara itu, seorang peniaga berkata pasaran getah dijangka terus menjejaki prestasi niaga hadapan getah serantau, kekuatan ringgit berbanding dolar AS, harga minyak mentah penanda aras dan perkembangan tarif AS, di tengah-tengah bekalan getah asli yang terhad di negara pengeluar utama.

\”Pemain pasaran juga memantau penanda aras ekonomi AS, terutamanya yang memberikan isyarat mengenai dasar monetari AS serta rangsangan ekonomi China di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kelembapan ekonomi global,\” katanya kepada Bernama.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menurun sebanyak 74 sen kepada 762.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut sebanyak 11 sen kepada 657 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...