Home Ekonomi Pasaran getah dijangka cenderung meningkat minggu depan
Ekonomi

Pasaran getah dijangka cenderung meningkat minggu depan

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 22 Februari- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan secara berhati-hati dengan kecenderungan menaik minggu depan, menjejaki pergerakan niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata sentimen pasaran juga akan dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti prestasi ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap bekalan getah akibat musim sejuk dan hujan.

“Pemain pasaran juga akan memantau pengumuman dasar dan tarif dari AS serta penunjuk ekonomi global dan ketegangan geopolitik, termasuk hubungan perdagangan antara AS-China,” tambahnya.

Pakar industri Denis Low menekankan kebimbangan yang semakin meningkat berhubung potensi kekurangan getah disebabkan bermulanya musim sejuk untuk pokok getah.

“Pengeluaran getah boleh berkurangan sebanyak 40 hingga 50 peratus.

\”Akibatnya, pasaran dijangka akan stabil dan bergerak mendatar dengan kecenderungan untuk meningkat, terutamanya disebabkan oleh situasi bekalan yang terhad,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia berkata pasaran getah pada minggu depan akan dipengaruhi oleh petunjuk ekonomi China, termasuk pembiayaan sektor swasta, serta usaha untuk meningkatkan penggunaan dan memperbaiki taraf hidup.

“Harga minyak juga dijangka meningkat berikutan gangguan bekalan di Rusia dan penurunan inventori minyak mentah AS, yang menunjukkan permintaan kukuh,” tambah persatuan itu.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) kekal tidak berubah pada 921.0 sen sekilogram, manakala susu getah pukal meningkat sembilan sen kepada 696.0 sen sekilogram.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...