Home Ekonomi Pasaran ekuiti, kewangan Malaysia mampu harungi ketidaktentuan ekoran tarif AS
Ekonomi

Pasaran ekuiti, kewangan Malaysia mampu harungi ketidaktentuan ekoran tarif AS

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ditemui media di luar Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 / Livevartha

KUALA LUMPUR, 9 April- Pasaran ekuiti dan kewangan Malaysia berkemampuan untuk mengharungi ketidaktentuan yang diakibatkan oleh tarif Amerika Syarikat (AS) didorong oleh sokongan institusi yang kukuh dan kecairan yang mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

\”Kita semua telah lihat keadaan turun naik sepanjang masa ini. Sama ada anda lihat ketika krisis kewangan Asia, anda lihat semasa tempoh COVID-19, anda lihat kejutan yang melanda sistem, pasaran menunjukkan keadaan turun naik, tetapi ia juga menunjukkan daya tahan serta keupayaan untuk menanganinya.

“Terdapat kecairan yang mencukupi dalam pasaran domestik,” kata Amir Hamzah ketika ditanya mengenai prestasi Bursa Malaysia di tengah-tengah keadaan tidak menentu yang dicetuskan oleh tarif Presiden AS Donald Trump.

Beliau berkata demikian kepada media di luar Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, di sini, hari ini.

Menurutnya, institusi kewangan tempatan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) biasanya melihat ketidaktentuan pasaran ini bukan sahaja dari segi pelaburan untuk jangka panjang, tetapi juga sebagai masa untuk mereka menentukan semula portfolio mereka dari segi memilih aset berkualiti.

Beliau turut mengimbau semasa tempoh sukar sebelum ini yang menyaksikan paras turun naik di Bursa Malaysia dapat ditangani dengan sokongan institusi yang kukuh.

\”Bursa Malaysia tidak mencetuskan pemutus litar dalam tempoh ini. Ia masih menjadi salah satu pasaran yang kekal berdaya tahan. Ringgit juga kekal dalam jajaran setakat ini.\”

\”Jadi, saya fikir ia adalah keadaan yang boleh kita tangani sepanjang tempoh itu,\” katanya.- Livevartha

Related Articles

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion
Ekonomi

STR, bantuan khas perayaan dorong peningkatan jualan RM154 bilion

Orang ramai menjadikan Kompleks Sogo salah satu pusat beli belah utama untuk...