Home Ekonomi Pas khas ekspatriat pacu ekonomi negara
Ekonomi

Pas khas ekspatriat pacu ekonomi negara

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Pengeluaran pas khas untuk pelabur dan ekspatriat yang bermula April ini dilihat sebagai langkah strategik yang memberi manfaat besar kepada sektor ekonomi negara.

Pas tersebut akan memudahkan urusan kemasukan serta membolehkan golongan tersebut tinggal lebih lama di Malaysia bagi menguruskan perniagaan mereka.

Penganalisis Ekonomi, Dr. Ida Md Yasin berkata kewujudan pas itu mampu menjadikan suasana kerja lebih efisien dan cekap, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

\”Kita sudah memperkenalkan sebelum ini pas serantau untuk digital nomad, dan kini satu lagi pas ekspatriat diperkenalkan.

\”Semua ini adalah usaha ke arah mempertingkatkan kecekapan kerajaan dalam mentadbir pelaburan serta pekerja dari syarikat multinasional,\” katanya ketika dihubungi RTM.

Proses pengeluaran pas tersebut akan dilakukan secara elektronik melalui sistem \’e-past\’.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...