Home Ekonomi Paragon Cadang Beli Tanah Pegangan Kekal Bernilai Rm34.96 Juta Di Johor Bahru
Ekonomi

Paragon Cadang Beli Tanah Pegangan Kekal Bernilai Rm34.96 Juta Di Johor Bahru

Paragon Cadang Beli Tanah Pegangan Kekal Bernilai Rm34.96 Juta Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Livevartha) — Paragon Globe Bhd (PGB) bercadang membeli dua bidang tanah pegangan kekal di Plentong, Johor Bahru bernilai RM34.96 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PGB berkata anak syarikat milik penuhnya, Paragon Business Hub Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan EKL Holdings Sdn Bhd bagi cadangan pembelian tanah D, masing-masing berkeluasan 4.48 hektar dan 3.33 hektar.

Pembangunan tanah D bersama-sama dua bidang tanah yang dibeli oleh kumpulan itu sebelum ini dijangka melibatkan cadangan pembinaan 64 unit kilang teres, 20 unit kilang berkembar dan lima unit kilang sesebuah.

Pembangunan yang dicadangkan itu dijangka bermula pada Mac 2025 dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.

Anggaran jumlah nilai pembangunan kasar bagi pembangunan yang dicadangkan berjumlah RM293.52 juta manakala kos pembangunan kasar dijangka RM226.72 juta.

“Sehubungan itu, kumpulan dijangka meraih anggaran keuntungan pembangunan kasar sebanyak RM66.80 juta sepanjang tempoh cadangan pembangunan itu,” kata PGB.

Pertimbangan pembelian tanah D dijangka dibiayai melalui gabungan dana yang dijana secara dalaman, pinjaman bank dan/atau penjanaan dana ekuiti.

PGB berkata cadangan pembelian itu memberi peluang kepada syarikat untuk mengumpultanah yang strategik untuk pembangunan hartanah dan/atau tujuan pelaburan, memandangkan tanah yang dibeli terletak di lokasi utama sedang pesat membangun dengan potensi pembangunan perindustrian yang positif.

Pembelian tanah Dakan ditambah baik menerusi peningkatan infrastruktur dan pengukuhan aspek keselamatan bandar yang mempunyai potensi baik untuk dibangunkan sebagai metropolis.

Related Articles

Tabung Haji cemerlang, perkukuh kedudukan institusi kewangan Islam
Ekonomi

Tabung Haji cemerlang, perkukuh kedudukan institusi kewangan Islam

PETALING JAYA: Kemampuan Lembaga Tabung Haji (TH) memberikan pulangan dividen yang lebih...

Tabung Haji umum dividen 3.25%, tertinggi dalam tujuh tahun
Ekonomi

Tabung Haji umum dividen 3.25%, tertinggi dalam tujuh tahun

MOHD Na’im Mokhtar (dua dari kanan), Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul...

Ekonomi

Agihan keuntungan TH 3.25 peratus, tertinggi dalam tujuh tahun

Foto failKUALA LUMPUR, 21 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini...

Peniaga kecil dalam talian gesa pengecualian e-invois
Ekonomi

Peniaga kecil dalam talian gesa pengecualian e-invois

PETALING JAYA: Pusat Pilihan Pengguna (CCC) menggesa kerajaan mengkaji semula dan meminda...