Home Ekonomi Pakar jangka dividen KWSP 2024 meningkat ke 6% – 6.3%
Ekonomi

Pakar jangka dividen KWSP 2024 meningkat ke 6% – 6.3%

Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai

KUALA LUMPUR, 14 Februari – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpotensi menerima dividen lebih tinggi iaitu pada kadar 6% hingga 6.3% tahun ini.

Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, jangkaan positif itu berdasarkan prestasi KWSP pada suku ketiga 2024 adalah cemerlang.

\”Di mana mereka dapat pendapatan pelaburan melebihi RM57.5 bilion berbanding RM47.8 bilion di tahun sebelumnya untuk tempoh sama, kemungkinan besar KWSP akan berupaya dan boleh mengisytiharkan dividen yang lebih tinggi daripada 6%.

\”Ini berasaskan kepada prestasi pelabur-pelabur di pasaran yang sama seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang juga berupaya mengisytiharkan dividen yang sangat besar berbanding dengan tahun lepas pada lebih daripada 5.7%,\” kata Dr Barjoyai.

Tahun lalu, KWSP mengumumkan dividen 5.5% dan 5.4% masing-masing untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2023.

Kadar itu lebih tinggi berbanding 2022 dengan dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.35% dan 4.75% bagi simpanan shariah.

Ia melibatkan pengagihan terkumpul RM57.81 bilion masing-masing RM50.33 bilion untuk simpanan konvensional dan RM7.48 bilion lagi untuk simpanan shariah.

KWSP dijangka mengumumkan kadar dividen 2024 pada awal Mac ini.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...