Home Ekonomi OPR dijangka terus kekal 3% sepanjang tahun ini
Ekonomi

OPR dijangka terus kekal 3% sepanjang tahun ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Mac– Firma penyelidikan dan bank pelaburan menjangkakan Kadar Dasar Semalaman (OPR) terus kekal pada tiga peratus sepanjang tahun ini.

Jelas Maybank Investment Bank, pengekalan pada tahap semasa akan menyokong permintaan domestik, selari unjuran pertumbuhan ekonomi lebih perlahan tahun ini.

Menurut bank pelaburan itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada kadar 4.9 peratus tahun ini, berbanding 5.1 peratus pada 2024.

Ia didorong ketidak-tentuan dasar perdagangan dan perang tarif serta cabaran global lain.

Namun, faktor domestik seperti perbelanjaan pengguna yang kukuh dan peningkatan pelaburan dijangka terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Sementara itu, BMI Country Risk & Industry Research (BMI) menyatakan, inflasi yang terkawal membolehkan bank pusat mengekalkan kadar semasa.

Kadar purata inflasi bagi tempoh 10 tahun ketika ini, berada pada dua peratus.

Firma itu meramalkan inflasi berkemungkinan meningkat kepada 2.4 peratus tahun ini daripada 1.8 peratus pada 2024.

Related Articles

Ekonomi

Lawatan Xi Jinping buka laluan kerjasama strategik baharu Malaysia-China

Sebanyak 31 memorandum persefahaman (MoU) dimeterai merangkumi sektor kritikal: ekonomi, perdagangan, pendidikan,...

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...