Home Ekonomi OPR Dijangka Kekal Pada Tiga Peratus Walaupun Fed Kurangkan Kadar Faedah
Ekonomi

OPR Dijangka Kekal Pada Tiga Peratus Walaupun Fed Kurangkan Kadar Faedah

OPR Dijangka Kekal Pada Tiga Peratus Walaupun Fed Kurangkan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Livevartha) — Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tiga peratus pada akhir 2025 susulan pengukuhan ringgit.

Perkara itu diunjurkan walaupun Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah seperti dijangkakan.

Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menjelaskan berdasarkan inflasi yang reda dan kenaikan kadar pengangguran, Fed mungkin mula mengurangkan kadar faedah seawal September 2024.

Bank pelaburan itu menambah pihaknya mengunjurkan pengurangan 50 mata asas (bps) bagi Kadar Dana Fed (FFR) pada 2024 dan penurunan 100 bp pada 2025.

“Berasaskan jurang besar 250 mata asas antara OPR semasa pada tiga peratus dengan FFR pada 5.25 hingga 5.50 peratus, pasukan kami mengunjurkan tiada pengurangan bagi kadar domestik.

“Justeru, OPR diunjurkan kekal pada tiga peratus bagi 2024 dan 2025, terutama memandangkan risiko inflasi domestik kekal tinggi,” menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan pada Isnin.

Maybank IB memaklumkan jangkaan kadar faedah di Malaysia itu mengekalkan petanda baik untuk margin dan pendapatan bukan faedah kalangan bank.

“Susulan ketiadaan pengurangan kadar yang boleh memburukkan lagi pemampatan margin faedah bersih (NIM), kami menjangkakan purata NIM stabil dengan potensi kecenderungan meningkat pada 2025.

“Perkara yang menggalakkan juga ialah imbangan akaun semasa atau akaun simpanan (CASA) perbankan terus mencatatkan pertumbuhan, dan ini akan membantu mengurangkan tekanan margin,” jelasnya.

Related Articles

Malaysia mendahului IPO di ASEAN
Ekonomi

Malaysia mendahului IPO di ASEAN

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Fad’l Mohamed...

Synvista labur AS juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor
Ekonomi

Synvista labur AS$50 juta untuk kilang penyimpanan tenaga bateri di Kuala Selangor

PETER Phang ketika ditemui pemberita selepas SynVista Energy Storage Full Lifecycle Summit...

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j
Ekonomi

E-Invois fasa 3 sasar pembayar cukai dengan hasil RM5j – RM25j

SHAHARRUDY Othman (tengah) ketika merasmikan Pelancaran Pelaksanaan e-Invois bagi Pembayar Cukai Fasa...

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 
Ekonomi

PKNPk, PoABI mengulangi komitmen terhadap inisiatif LuMIC 

REDZA Rafiq Abdul Razak (kiri) bersama PHILIPPE Marcel H. Droesbeke (dua dari...