Home Ekonomi OPR dijangka diturunkan kepada 2.75% pada 2025
Ekonomi

OPR dijangka diturunkan kepada 2.75% pada 2025

OPR dijangka diturunkan kepada 2.75% pada 2025

OPR dijangka turun pada 2025. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin akan menurunkan Kadar Dasar Semalam (OPR) sebanyak 25 mata kepada 2.75 peratus pada 2025, berbanding kadar semasa sebanyak 3.0 peratus, kata penganalisis ekonomi.

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) telah menurunkan kadar faedahnya kepada 4.5 peratus.

“Pada 2022, apabila kadar faedah AS pada 4.5 peratus, OPR pada masa itu adalah 2.75 peratus.

“Jadi kemungkinan kadar OPR akan turun kepada 2.75 peratus kerana kadar inflasi masih rendah pada kadar 1.8 peratus,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kali terakhir OPR berubah adalah apabila dinaikan daripada 2.75 peratus kepada 3.0 peratus pada Mei 2023.

Mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM pada tahun ini dijadualkan pada 23 dan 24 Januari ini.

Sementara itu, Ahmed Razman menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2025 boleh menjangkau antara empat hingga lima peratus.

Beliau berkata, faktor yang mendorong kepada perkara itu ialah kerajaan yang stabil, permintaan yang kekal tinggi untuk sektor elektrik dan elektronik (E&E) terutamanya cip silikon, harga komoditi seperti minyak yang kekal tinggi dan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.

Ujarnya, 2025 akan menyaksikan lebih baik syarikat multinasional (MNC) yang akan membuat pelaburan di negara ini.

“Kita akan menyaksikan lebih banyak MNC masuk ke dalam negara terutamanya dalam industri berteknologi tinggi seperti aeroangkasa, kecerdasan buatan (AI), hibrid, cip silikon dan sebagainya,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau juga mengunjurkan akan terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira yang boleh memberi gangguan dalam pasaran pada 2025.

“Risiko ini termasuk kemungkinan perang tarif antara AS dan China yang akan kembali memuncak.

“Selain itu, terdapat juga ketegangan geopolitik di Asia Barat, perang Russia dan Ukraine serta tindakan AS terhadap blok ekonomi BRICS,” tambahnya. – UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....