Home Ekonomi NRES lancar bengkel MyNAP Kick-Off
Ekonomi

NRES lancar bengkel MyNAP Kick-Off

Bengkel ‘Kick Off’ Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) di sebuah hotel di ibu negara

KUALA LUMPUR, 7 Januari – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melancarkan Bengkel MyNAP Kick-Off atau Pelan Adaptasi Kebangsaan Malaysia sebagai langkah strategik menangani cabaran perubahan iklim.

Pelan ini bertujuan menangani kerentanan dalam lima sektor utama seperti sumber air dan pesisir pantai, pertanian, infrastruktur, serta biodiversiti.

Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo Kim, berkata, bengkel ini adalah manifestasi komitmen kerajaan terhadap Perjanjian Paris dan Dasar Perubahan Iklim Negara 2.0 yang terkini.

“Untuk menjayakan MyNAP yang bermakna, kita perlu memberi tumpuan kepada empat strategi utama, iaitu tadbir urus dan keupayaan institusi, penyediaan data iklim untuk membuat keputusan yang bermaklumat, yang mana, strategi ini amat penting,” ujar beliau dalam ucapan perasmiannya di sini hari ini.

Beliau turut menyeru lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta memainkan peranan yang lebih besar dalam inisiatif ini.

Bengkelitu dihadiri seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada wakil kementerian, kerajaan negeri, sektor swasta, badan akademik dan pertubuhan bukan kerajaan.

Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk sesi interaktif, pembentangan pakar, dan perbincangan berkumpulan.

Hasil dapatan daripada bengkel akan menjadi panduan kepada penambahbaikan Rangka Kerja Awal MyNAP, bertindak sebagai peta hala tuju dalam menangani cabaran iklim negara serta memastikan penyelarasan kerjasama antara sektor yang lebih berkesan.

Bengkel MyNAP Kick-Off merupakan kerjasama strategik daripada Kementerian Persekutuan Jerman untuk Alam Sekitar, Pemeliharaan Alam Semula Jadi, Keselamatan Nuklear dan Perlindungan Pengguna (BMUV) dan Deutsche Gesellschaft für Internationale Zusammenarbeit (GIZ).

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....