Home Ekonomi NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik
Ekonomi

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik

NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini, jana ekonomi lebih dinamik

LIEW Chin Tong (tengah) bersama Linda Yip (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Bank Malaysia , Datuk Omar Siddiq (dua dari kiri) ketika HSBC membuka pusat kekayaan pertamanya di Malaysia di Menara IQ.-UTUSAN/SADDAM YUSOFF

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan Rangka Kerja Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) pada pertengahan tahun ini yang dijangka mampu menjana ekonomi yang lebih dinamik, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, NIIF yang yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belajawan 2025 itu mempunyai enam poin kad skor yang menjadikan ekonomi lebih kompleks bagi mewujudkan pekerjaan dan gaji yang lebih baik.

Katanya, kerajaan mahu mengubah cara melihat pelaburan dan anjakan ini sebenarnya sudah lama dibuat dan pertama kali diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu pada tahun 2022 melalui Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

“Katakan jika ingin melabur di negeri membangun seperti di Kelantan atau Terengganu, anda mendapat skor yang lebih tinggi apabila berbuat demikian. Jika melakukan lebih banyak inisatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) juga akan mendapat markah yang lebih tinggi.

“Jadi kami ingin beralih kepada rangka kerja yang sebenarnya melihat kad skor pelaburan daripada hanya melihat jumlah pelaburan

“Kami mahu melihat hasil ekonomi yang dijana daripada pelaburan melalui NIIF ini” katanya pada majlis perasmian Pusat Kekayaan utama HSBC Bank Malaysia Bhd. di Malaysia di Menara IQ di Tun Razak Exchange (TRX) di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dan juga pelaburan langsung domestik (DDI).

“Kami mahukan FDI yang boleh menjana DDI yang lebih kukuh. Contohnya, pelaburan yang mewujudkan rantaian bekalan tempatan yang lebih kukuh di negara ini,” ujarnya.

Tambahnya, pelaburan dengan bernilai tinggi dan berimpak tinggi ini sekali gus dapat memacu aspirasi kerajaan untuk mewujudkan pertumbuhan kelas pertengahan dengan pendapatan yang lebih baik.

Sementara itu,Ketua Bahagian Kekayaan Antarabangsa dan Perbankan Perdana HSBC Bank Malaysia,  Linda Yip berkata, asas-asas ekonomi Malaysia yang kukuh memberi petanda baik bagi segmen kekayaan yang semakin berkembang dan seterusnya mendorong aspirasi negara untuk beralih kepada negara berpendapatan tinggi. 

“Oleh itu, inilah masa yang tepat untuk HSBC membuka pusat kekayaan utamanya di Malaysia. Kedudukan TRX sebagai hab perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia sejajar dengan kedudukan HSBC sebagai bank antarabangsa terkemuka dan penyedia pengurusan kekayaan di negara ini. 

“Memandang ke hadapan, kami menyasarkan untuk mengikuti model yang berjaya ini di lokasi utama lain di mana kejayaan telah kami wujudkan,” ujarnya.-UTUSAN

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...