Home Ekonomi Niaga hadapan MSM terus catat aliran meningkat susulan banjir teruk di Pantai Timur
Ekonomi

Niaga hadapan MSM terus catat aliran meningkat susulan banjir teruk di Pantai Timur

Niaga hadapan MSM terus catat aliran meningkat susulan banjir teruk di Pantai Timur

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 November- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran meningkat untuk hari kelima berturut-turut dan ditutup tinggi pada Jumaat berikutan banjir yang teruk di Pantai Timur Malaysia.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata beberapa ladang sawit terjejas akibat banjir yang berterusan dengan pengeluaran MSM dijangka terjejas.

“Kami mengesan harga MSM disokong pada RM4,950 dan paras halangan pada RM5,200,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Disember 2024 melonjak RM178 kepada RM5,238 satu tan, Januari 2025 meningkat RM160 kepada RM5,125 satu tan dan Februari 2025 naik RM135 kepada RM5,020 satu tan.

Kontrak Mac 2025 meningkat RM110 kepada RM4,903 satu tan, April 2025 menambah RM81 kepada RM4,772 satu tan dan Mei 2025 naik RM56 kepada RM4,640 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 109,758 lot daripada 80,733 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka naik kepada 227,559 kontrak daripada 226,776 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan menambah RM200 kepada RM5,300 satu tan. -Livevartha

Related Articles

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion
Ekonomi

Parkson Credit terbit sukuk wakalah pertama bernilai RM1 bilion

PARKSON Credit melancarkan program nota jangka sederhana Islamik bersandarkan aset (program sukuk...

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu
Ekonomi

Proton S70 terajui segmen C tahun lalu

PROTON S70PETALING JAYA: Proton S70 mendominasi pasaran automotif Malaysia segmen C dengan...

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi global diunjur perlahan kepada 2.4% tahun ini

CHINA, ekonomi kedua terbesar dunia, dijangka menyaksikan pertumbuhan KDNK yang perlahan kepada...

Ekonomi

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 13 Mac – Ringgit diniagakan lebih tinggi...