Home Ekonomi Niaga hadapan MSM jangka pengambilan untung minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan MSM jangka pengambilan untung minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Januari- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu depan.

Ini berikutan tindakan peniaga mengurangkan penglibatan mereka menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, menurut peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies Jim Teh.

“Bagaimanapun, penurunan berkemungkinan adalah terhad disebabkan sokongan pembelian dari India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

\”Minggu depan dijangka menjadi tempoh urus niaga yang tenang untuk pasaran niaga hadapan MSM, dengan harga berkemungkinan berlegar antara RM4,100 dan RM4,200 setan,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng mengunjurkan pasaran MSM akan diniagakan dalam julat RM4,100 hingga RM4,350 setan, mengekalkan kecenderungan menaik sedikit disebabkan asas-asas pasaran yang kukuh.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Februari 2025 merosot RM110 kepada RM4,441 setan, manakala kontrak Mac 2025 turun RM111 kepada RM4,280 setan, dan kontrak April 2025 susut RM95 kepada RM4,190 setan.

Kontrak Mei 2025 turun RM87 kepada RM4,122 setan, kontrak Jun 2025 susut RM79 kepada RM4,167 setan, dan kontrak Julai 2025 kekal tidak berubah kepada RM4,070 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 445,885 lot daripada 444,410 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 223,575 kontrak pada Jumaat, berbanding 229,080 kontrak seminggu sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan turun sebanyak RM110 kepada RM4,650 setan. -Livevartha

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...