Home Ekonomi Niaga hadapan MSM ditutup tinggi sejajar prestasi kukuh minyak kacang soya
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi sejajar prestasi kukuh minyak kacang soya

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi sejajar prestasi kukuh minyak kacang soya

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 21 Februari – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kukuh minyak kacang soya, kata seorang penganalisis.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan pengeluaran yang lebih lemah pada minggu-minggu akan datang juga dilihat menaikkan sentimen.

“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,600 satu tan dan paras rintangan pada RM4,750 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM yang lebih tinggi disebabkan oleh momentum kukuh dalam pasaran minyak kacang soya dan minyak kacang soya Amerika Selatan di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Selain itu, kenaikan berterusan olein sawit di Bursa Komoditi Dalian turut mendorong pembelian oleh dana komoditi.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 naik RM20 kepada RM4,836 satu tan, April 2025 bertambah RM26 kepada RM4,762 satu tan, dan Mei 2025 menokok RM22 kepada RM4,664 satu tan.

Kontrak Jun 2025 meningkat RM18 kepada RM4,548 satu tan, Julai 2025 melonjak RM14 kepada RM4,441 satu tan, dan Ogos 2025 naik RM10 kepada RM4,367 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 97,093 lot daripada 69,725 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 243,818 kontrak daripada 239,575 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan melonjak RM20 kepada RM4,900 satu tan. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...