Monday , 17 February 2025
Home Ekonomi Niaga hadapan MSM ditutup tinggi, didorong prospek eksport lebih tinggi
Ekonomi

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi, didorong prospek eksport lebih tinggi

Niaga hadapan MSM ditutup tinggi, didorong prospek eksport lebih tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 23 September- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus kekal dalam aliran meningkat untuk ditutup tinggi bagi hari dagangan keempat berturut-turut pada Isnin.

Prestasi positif hari ini disokong oleh jangkaan terhadap prospek eksport yang lebih besar dalam keadaan pengeluaran lembap pada September.

Penganalisis Kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa memberitahu Bernama bahawa jangkaan pembelian besar dari India menjelang permintaan sempena perayaan Deepavali dan peralihan sentimen terhadap tinjauan bekalan yang terhad pada suku pertama 2025 telah meningkatkan sentimen positif.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata momentum meningkat berterusan yang dialami niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Dagangan Chicago (CBOT) dalam tempoh semalaman juga mempengaruhi pasaran.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,900 dan rintangan pada RM4,050 satu tan,” katanya.

Pada penutupan dagangan, Oktober 2024 meningkat RM22 kepada RM4,049, November 2024 menokok RM32 kepada RM4,006, dan Disember 2024 yang menjadi penanda aras naik RM30 kepada RM3,977 satu tan.

Januari 2025 menambah RM23 kepada RM3,948, Februari 2025 naik RM16 kepada RM3,923 dan Mac 2025 meningkat RM14 kepada RM3,899 satu tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 83,284 lot daripada 59,369 pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 260,058 kontrak daripada 254,752 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan menokok RM30 kepada RM4,100 satu tan. – Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Pakar jangka dividen KWSP 2024 meningkat ke 6% – 6.3%

Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Profesor Emeritus Dr Barjoyai BardaiKUALA...

Ekonomi

Affin Bank sasar pertumbuhan pinjaman 10% pada 2025

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 15 Februari-Affin Bank mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan perbankan...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 15 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Kestabilan politik pacu pertumbuhan KDNK – Fahmi

Faktor kestabilan politik dan dasar negara yang kukuh menjadi penyumbang utama kepada...