Home Ekonomi Niaga hadapan MSM dijangka kekal tidak menentu minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan MSM dijangka kekal tidak menentu minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 April- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, kata peniaga.

Harga mungkin didagangkan dengan berhati-hati pada jajaran kecil antara RM3,800 hingga RM4,000 satu tan berikutan isyarat pasaran yang bercampur-campur selain ketidakpastian global yang berterusan, kata peniaga minyak sawit kanan Interband Group of Companies, Jim Teh.

“Tarif (berita) setakat ini tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap prestasi harga MSM. Prestasi harga MSM agak kukuh berbanding dengan pasaran ekuiti,” katanya kepada Bernama.

Beliau ketika mengulas mengenai tahap inventori MSM berkata pasaran telah mengambil kira laporan bulan Mac, Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang menunjukkan stok meningkat kepada sekitar 1.562 juta metrik tan.

Malahan, masih ada stok simpanan yang besar di Indonesia. Beliau turut berkata di hadapan permintaan fizikal, permintaan tetap stabil dari China, India, Pakistan, negara-negara Timur Tengah dan Kesatuan Eropah.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata harga boleh diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan iaitu dalam lingkungan RM4,050 hingga RM4,250 satu tan, di tengah-tengah ketidakpastian perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) – China.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak April 2025 jatuh RM241 kepada RM4,461 satu tan. Mei 2025 susut RM13 kepada RM4,461, manakala Jun 2025 menokok RM5 kepada RM4,333.

Kontrak Julai 2025 menambah RM103 kepada RM4,333 satu tan, Ogos 2025 naik RM49 kepada RM4,212, dan September 2025 menyaksikan keuntungan sebanyak RM88 kepada RM4,212 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan melonjak kepada 627,813 lot berbanding 234,581 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 486,398 kontrak daripada 256,769.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan adalah RM260 lebih rendah pada RM4,520 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Lawatan PM ke Thailand: Malaysia raih potensi eksport RM1.07 bilion

Malaysia berjaya meraih potensi eksport berjumlah RM1.07 bilion hasil lawatan rasmi Perdana...

Ekonomi

Kempen Umrah 1,000 Asnaf: Sembilan individu pertama terima tajaan

Ketua Pegawai Eksekutif Ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin / Foto BernamaPETALING JAYA, 19 April...

Ekonomi

AirAsia buka laluan ke Uzbekistan mulai September

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 April – Uzbekistan komited untuk memperkukuh...

Ekonomi

Ringgit diunjur mendatar berbanding dolar AS minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Ringgit dijangka diniagakan mendatar dalam julat 4.41...