Home Ekonomi Niaga hadapan MSM cenderung naik minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan MSM cenderung naik minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Disember- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan berikutan pengeluaran dan paras stok yang rendah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

MSM dijangka diniagakan antara RM4,580 dan RM4,750 satu tan bagi tempoh itu, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran dijangka kekal lengang berikutan dagangan minggu yang singkat, dengan kebanyakan peniaga antarabangsa bercuti hujung tahun dan cuti perayaan Krismas.

Beliau berkata niaga hadapan MSM berkemungkinan diniagakan antara RM4,400 dan RM4,500 satu tan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Januari 2025 meningkat RM213 kepada RM4,975 satu tan, Februari 2025 melonjak RM210 kepada RM4,781 satu tan, dan Mac 2025 menokok RM191 kepada RM4,624 satu tan.

Kontrak April 2025 naik RM156 kepada RM4,459 satu tan, Mei 2025 menokok RM124 kepada RM4,331 satu tan dan Jun 2025 melonjak RM112 kepada RM4,253 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 194,976 lot daripada 582,992 lot minggu sebelum itu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 242,999 kontrak pada Jumaat berbanding 244,206 kontrak seminggu sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat sebanyak RM150 kepada RM5,050 satu tan.- Livevartha

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....