Home Ekonomi Niaga hadapan FBM KLCI dijangka kekal berhati-hati minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka kekal berhati-hati minggu depan

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka kekal berhati-hati minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak sejajar dengan kadar asas pasaran tunai minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,625-1,640, mewakili paras sokongan dan halangan.

“Kami terus berhati-hati berhubung pandangan kami terhadap pasaran tempatan berikutan sentimen lemah buat sementara waktu.

“Bagaimanapun, dengan penilaian yang rendah dan asas ekonomi yang stabil, kami menjangka FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan kekal dalam fasa konsolidasi dan dagangan jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat, menunggu peluang belian saham pada harga rendah,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, bulan semasa Oktober 2024 merosot 36.0 mata kepada 1,627.5, Disember 2024 berkurangan 35.5 mata kepada 1,634.5 dan Mac 2025 susut 33.0 mata kepada 1,622.5 manakala bulan kontrak baharu November 2024 sebanyak 1,630.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 48,310 lot daripada 196,103 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 49,905 kontrak daripada 90,858 kontrak sebelum ini.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 30.12 mata kepada 1,629.97 daripada 1,660.09 pada minggu sebelumnya.- Livevartha

Related Articles

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua
Ekonomi

CAB catat untung bersih RM19.75j pada suku kedua

CHRISTOPHER CHUAH HOON PHONGPETALING JAYA: CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB), satu daripada...

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia
Ekonomi

Deleum peroleh 70% kepentingan PT OSA Industries Indonesia

ROA Abdullah (kanan) bersama Pengasas dan Pengarah PT OSA, Ong Siow Aik...

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu
Ekonomi

AmInvestment Bank lancar AmEquities, platform dagangan baharu

CHRISTOPHER Ng Kok Wai (kiri) dan Leo On Chin Liang ketika pelancaran...

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek
Ekonomi

Negeri Sembilan bangunkan hab bioteknologi di Bandar Enstek

AMINUDDIN Harun (lima dari kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Rafe...