Wednesday , 23 April 2025
Home Ekonomi Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung
Ekonomi

Niaga hadapan emas merosot susulan aktiviti pengambilan untung

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 6 Februari- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives merosot sedikit hari ini apabila pasaran berehat selepas berlaku kenaikan semalam.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata harga emas kekal kukuh di tengah-tengah ketegangan ekonomi dan geopolitik yang berterusan, tetapi kedua-dua faktor itu mula reda menjelang pembukaan pasaran Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata dengan kebimbangan tarif yang semakin berkurangan, perhatian pasaran beralih ke arah data makro utama AS apabila pergerakan dolar seterusnya sebanyak 1.0 peratus, sama ada lebih tinggi atau lebih rendah, ia boleh dipengaruhi oleh laporan senarai gaji bukan ladang pada Jumaat.

Oleh itu, kata Innes, hubung kait harga emas yang bergerak ke arah bertentangan berbanding dolar AS mungkin menjadi lebih ketara apabila pasaran berakhir minggu ini.

\”Melihat kepada keadaan ini, kita mungkin akan melihat beberapa aktiviti pengambilan untung dalam emas jika tiada kejutan tarif baharu dari Presiden AS, Donald Trump, sebelum data dikeluarkan esok.

“Bagaimanapun, saya percaya harga emas kekal kukuh dengan kecenderungan menaik terutamanya apabila kita menghampiri 1 April, tarikh akhir yang ditetapkan Trump untuk penasihatnya membentangkan strategi tarif yang didorong oleh ketidakseimbangan perdagangan.

\”Dalam erti kata lain, gold bulls (simbol kekuatan dalam kewangan) tidak akan ke mana-mana,” katanya kepada Bernama.

Kontrak bulan semerta Februari 2025 susut kepada AS$2,858.0 setiap auns troy daripada AS$2,866.90 setiap auns troy pada Rabu.

Kontrak Mac 2025 turun kepada AS$2,869.0 setiap auns troy daripada AS$2,877.90 setiap auns troy semalam.

Kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 berkurang kepada AS$2,876.40 setiap auns troy daripada AS$2,884.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 18 lot daripada 97 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menurun kepada 51 kontrak daripada 133 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 5 Februari, 2025, harga emas fizikal berada pada AS$2,871.15 setiap auns troy. -Livevartha

Related Articles

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini
Ekonomi

Pertumbuhan ekonomi berisiko lebih rendah tahun ini

PERTUMBUHAN keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia berisiko lebih rendah tahun ini....

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ
Ekonomi

CIMB umum komitmen RM10 bilion lonjak pertumbuhan JS-SEZ

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited dalam kemudahan pembiayaan sebanyak...

Ekonomi

Emas ditutup tinggi susulan ketidaktentuan politik, ekonomi global

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin...

Ekonomi

PEOPLElogy Bhd sedia tersenarai di Bursa Malaysia 20 Mei ini

PEOPLElogy Bhd mengesahkan komitmennya untuk meneruskan rancangan penyenaraian di Pasaran ACE Bursa...