Home Ekonomi Niaga hadapan emas kekal kukuh di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran bon minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas kekal kukuh di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran bon minggu depan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal kukuh minggu depan, disokong oleh jangkaan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kestabilan pasaran bon AS.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata walaupun dolar AS yang lemah terus menyokong harga emas, pemacu utama pada masa ini adalah daya tarikan yang semakin berkurangan terhadap Perbendaharaan AS sebagai aset pelaburan yang selamat.

“Perbendaharaan AS secara tradisinya dilihat sebagai instrumen pelaburan yang selamat, tetapi kini tidak lagi menawarkan kestabilan seperti yang diharapkan hingga mendorong pelabur beralih kepada emas,” katanya kepada Bernama.

Innes menambah tindakan China untuk menyamakan kenaikan tarif sebanyak 100 peratus terhadap barangan AS menyerlahkan risiko konflik perdagangan yang berpanjangan antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Walaupun pasaran mula mengurangkan kesan ekonomi secara langsung, ketidaktentuan yang berterusan dijangka mengekalkan permintaan terhadap emas.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta April meningkat kepada US$3,224.00 setiap auns troy daripada US$3,105.20 setiap auns troy minggu lepas, manakala Mei 2025 naik kepada US$3,234.40 setiap auns troy daripada US$3,126.80 setiap auns troy.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2025 masing-masing meningkat kepada US$3,246.80 setiap auns troy daripada US$3,126.80 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan melonjak kepada 2,738 lot daripada 340 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 1,232 kontrak daripada 141 kontrak.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 10 April, 2025, harga emas fizikal berada pada US$3,143.15 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

UMW Toyota catat jualan 7,773 unit pada Jun
Ekonomi

UMW Toyota catat jualan 7,773 unit pada Jun

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) mengekalkan prestasi kukuh...

Sentimen pelabur kekal berhati-hati
Ekonomi

Sentimen pelabur kekal berhati-hati

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Pasaran saham menunjukkan pergerakan yang berhati-hati dalam dagangan minggu...

CIMB sasar RM300b pembiayaan lestari menjelang 2030
Ekonomi

CIMB sasar RM300b pembiayaan lestari menjelang 2030

PEMBIAYAAN lestari menjadi tonggak utama pelan hala tuju kelestarian CIMB 2030.PETALING JAYA:...

Baker Hughes, Petronas teroka inisiatif perniagaan sokong peralihan tenaga di Asia
Ekonomi

Baker Hughes, Petronas teroka inisiatif perniagaan sokong peralihan tenaga di Asia

BAKER HUGHESPETALING JAYA: Syarikat teknologi tenaga, Baker Hughes menjalinkan kerjasama dengan Petroliam...