Sunday , 16 February 2025
Home Ekonomi Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan pengambilan untung
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah susulan pengambilan untung

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Januari– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini.

Kontrak semerta Januari 2025 menurun kepada US$2,689.20 setiap auns troy daripada US$2,692.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas, manakala kontrak Februari 2025 merosot kepada US$2,699.10 setiap auns troy daripada US$2,703.10 sebelumnya.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 turut ditutup rendah kepada US$2,706.20 setiap auns troy daripada US$2,707.30 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 56 lot daripada 28 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 71 kontrak daripada 56 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 10 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,687.45 setiap auns troy.- Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Pakar jangka dividen KWSP 2024 meningkat ke 6% – 6.3%

Pakar ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia Profesor Emeritus Dr Barjoyai BardaiKUALA...

Ekonomi

Affin Bank sasar pertumbuhan pinjaman 10% pada 2025

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 15 Februari-Affin Bank mengukuhkan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan perbankan...

Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 15 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Ekonomi

Kestabilan politik pacu pertumbuhan KDNK – Fahmi

Faktor kestabilan politik dan dasar negara yang kukuh menjadi penyumbang utama kepada...