Home Ekonomi Niaga hadapan emas ditutup rendah sedikit menjelang keputusan mesyuarat FOMC
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah sedikit menjelang keputusan mesyuarat FOMC

Niaga hadapan emas ditutup rendah sedikit menjelang keputusan mesyuarat FOMC

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini ketika pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 susut kepada US$2,576.60 setiap auns troy daripada US$2,584.10 setiap auns troy pada Selasa.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,589.40 setiap auns troy daripada US$2,596.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 36 lot daripada dua lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 103 kontrak daripada 69 kontrak semalam.

Harga emas fizikal berada pada US$2,574.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 17 Sept, 2024.- Livevartha

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...