Home Ekonomi Niaga hadapan emas ditutup rendah menjelang mesyuarat FOMC
Ekonomi

Niaga hadapan emas ditutup rendah menjelang mesyuarat FOMC

Niaga hadapan emas ditutup rendah menjelang mesyuarat FOMC

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, mencerminkan kelemahan pasaran emas global menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak niaga hadapan emas bulan semerta Oktober 2024 berkurang kepada AS$2,649 setiap auns troy daripada AS$2,663.30 setiap auns troy pada Isnin manakala November 2024 susut kepada AS$2,670.8 setiap auns troy daripada AS$2,684.70 sebelumnya.

Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada AS$2,671.3 setiap auns troy daripada AS$2,685.20 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menaik kepada 11 lot daripada tiga lot semalam manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 20 kontrak daripada 19 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 7 Oktober 2024, harga emas fizikal berada pada AS$2,640.95 setiap auns troy. – Livevartha

Related Articles

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global
Ekonomi

Ketegangan Iran-Israel dorong lonjakan harga emas global

KEDAI emas.-GAMBAR HIASAN.PETALING JAYA: Ketegangan geopolitik antara Iran dan Israel baru-baru ini...

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik
Ekonomi

Indian Motorcycle kembali dengan harga mampu milik

LAI Wai Keat bersama model Scout Bobber yang ditawarkan pada harga RM89,000...

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 
Ekonomi

SST: Bank jamin perkhidmatan perbankan asas tidak terjejas 

MESIN ATM-GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) meyakinkan orang ramai...

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing
Ekonomi

Proton, Grab terus perkukuh kepada komuniti e-hailing

TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Zhang Qiang (kanan) bertukar dokumen dengan...