Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka kekal tidak menentu minggu depan
Ekonomi

Niaga hadapan emas dijangka kekal tidak menentu minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 April – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan dinamik geopolitik yang berubah.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata komoditi berharga itu berkemungkinan diniagakan dalam julat yang lebih luas apabila pelabur menilai isyarat bercampur-campur daripada ekonomi-ekonomi utama.

\”Minggu depan mungkin menyaksikan lebih banyak turun naik yang sama. Dengan pemimpin-pemimpin ASEAN bersiap sedia untuk potensi perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat dan China bagi menunjukkan kelonggaran diplomatik, naratif itu mungkin terus condong ke arah optimis yang berhati-hati.

\”Jika itu berterusan, emas mungkin berhadapan kesukaran untuk mendapatkan semula momentum menaik yang kukuh dalam tempoh terdekat. Memandangkan sifat rundingan perdagangan global yang tidak menentu, penurunan juga mungkin terhad.

\”Turun naik harga komoditi itu selama seminggu kini berada sekitar 6.2 peratus, menunjukkan julat dagangan yang diunjurkan sekitar AS$90 berdasarkan harga semerta yang hampir dengan AS$3,300,\” katanya kepada Bernama.

Innes berkata julat yang dijangkakan secara munasabah iaitu antara AS$3,270 dan AS$3,360 setiap auns troy pada minggu depan, mencerminkan ketidaktentuan yang berterusan dan tindak balas pantas pasaran terhadap isyarat dasar.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta April meningkat kepada AS$3,307.20 setiap auns troy daripada AS$3,305.20 setiap auns troy pada minggu lepas, manakala Mei 2025 menokok kepada AS$3,316.20 setiap auns troy daripada AS$3,315.60 setiap auns troy.

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2025 masing-masing meningkat kepada AS$3,332.80 setiap auns troy daripada AS$3,330.30 setiap auns troy minggu lepas.

Jumlah dagangan susut kepada 871 lot daripada 1,984 lot sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 88 kontrak daripada 175 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 24 April, harga emas fizikal berada pada AS$3,314.75 setiap auns troy.-Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...