Home Ekonomi Naza Enviro, Grandblue memodenkan pengurusan sisa pepejal
Ekonomi

Naza Enviro, Grandblue memodenkan pengurusan sisa pepejal

Naza Enviro, Grandblue memodenkan pengurusan sisa pepejal

MAJLIS menandatangani MoU antara Naza Enviro dan Grandblue.

PETALING JAYA: Naza Enviro Holdings Sdn Bhd (Naza Enviro) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Grandblue Environment Co Ltd (Grandblue) sebuah syarikat dari China bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia yang lebih lestari.

Kerjasama strategik ini akan melibatkan pelaksanaan projek pengurusan sisa pepejal berskala besar, pemulihan dan kitar semula sisa serta tenaga boleh baharu di Malaysia. 

Inisiatif ini merupakan langkah penting dalam merealisasikan matlamat kelestarian alam sekitar negara dan mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi kitaran dan kesimbangan karbon. 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan NAZA, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, usaha sama ini mencerminkan komitmen Naza Enviro untuk membangun Malaysia yang lebih bersih dan hijau melalui inovasi, teknologi dan kolaborasi strategik antarabangsa. 

“Bersama, kita bukan sekadar menukar sisa kepada tenaga, tapi kita mengubah cabaran kepada peluang untuk kemajuan negara. 

“Ini adalah langkah besar ke arah masa hadapan yang lebih berdaya tahan dan rendah karbon bagi negara kita,” katanya dalam kenyataan.

Naza Enviro berkata, menerusi MoU ini, kedua-dua pihak merancang untuk menubuhkan usaha sama dalam masa terdekat bagi membangun dan mengendali projek berkaitan pengurusan sisa pepejal, termasuk penjanaan tenaga boleh baharu daripada sisa pepejal serta pembangunan penghasilan bahan api Hidrogen daripada sisa pada masa hadapan. 

Jelasnya, usaha sama ini menggabungkan kepimpinan Naza Enviro yang terbukti dalam transformasi sisa pepejal kepada tenaga boleh baharu dan produk hijau serta kepakaran teknologi dan rekod pencapaian global Grandblue.

“Usaha sama antara Naza Enviro dan Grandblue dijangka memberi manfaat besar kepada negara melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi yang disokong kerajaan, hasil kerjasama kukuh kewangan dan teknologi ini. 

“Dengan penggunaan teknologi terkini dalam penjanaan tenaga daripada sisa dan penghasilan hidrogen, kerjasama ini bukan sahaja menjana tenaga bersih dan boleh baharu, malah menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar. 

“Lebih penting lagi, kerjasama ini selari dan memperkukuh agenda iklim negara, menyokong sasaran Malaysia ke arah keseimbangan karbon dan peralihan kepada sumber tenaga lestari,” ujarnya.

Tambahnya, usaha sama ini kini memasuki fasa perancangan dan penilaian kebolehlaksanaan, dengan kedua-dua pihak bekerjasama rapat dengan pemegang kepentingan utama dan agensi kawal selia bagi mengenal pasti lokasi projek yang sesuai dan mempercepat pelaksanaan.-UTUSAN

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...