Home Ekonomi N. Gobalakrishnan Dilantik Presiden Baharu NCCIM
Ekonomi

N. Gobalakrishnan Dilantik Presiden Baharu NCCIM

N. Gobalakrishnan Dilantik Presiden Baharu NCCIM

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) mengumumkan pelantikan Datuk Seri N. Gobalakrishnan sebagai presidennya bagi penggal 2024-2026.

Gobalakrishnan yang menggantikan Tan Sri Soh Thian Lai berkata pimpinannya akan menumpukan usaha meningkatkan kedudukan dan hubungan NCCIM dengan kerajaan, komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa selain menyokong dasar Kerajaan MADANI sertamemupuk pertumbuhan ekonomi mampan.

Dalam kenyataan hari ini, NCCIM berkata dewan itu turut teruja dengan perspektif baharu yang dibawa oleh Gobalakrishnan.

"Pengalaman luas dan kepimpinan proaktif beliau dijangka membawa NCCIM ke tahap kejayaan dan kerjasamabaharu," katanya.

Pada masa sama, NCCIM turut berterima kasih kepada Soh dan di bawah kepimpinannya, dewan itu semakin berpengaruh dan diiktiraf serta memudahkan dialog berkesan antara komuniti perniagaan tempatan,antarabangsa selain badan kerajaan.

NCCIM juga menyatakandedikasinya dalam menyokong pelbagai keperluan komuniti perniagaan Malaysia.

Ditubuhkan oleh Kabinet kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1962,NCCIMadalah organisasi perniagaan utama diMalaysia yang dianggotai oleh lebih 700,000 ahli.

Ia turut melibatkan lima konstituen iaituDewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI)dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).

— Livevartha

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...