Home Ekonomi MSM dijangka didagangkan RM4,500 hingga RM5,000 satu tan seawal Ramadan
Ekonomi

MSM dijangka didagangkan RM4,500 hingga RM5,000 satu tan seawal Ramadan

MSM dijangka didagangkan RM4,500 hingga RM5,000 satu tan seawal Ramadan

HARGA minyak sawit mentah (MSM) dijangka meningkat seawal Ramadan. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA: Minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan antara RM4,500 hingga RM5,000 bagi setiap tan seawal bulan Ramadan berikutan kitaran pengeluaran yang rendah pada suku pertama 2025, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Firma penyelidikan itu berkata, fenomena La Nina juga berpotensi menimbulkan kebimbangan kerana hujan berlebihan boleh memberi gangguan kepada bekalan.

“Harga MSM mencatatkan paras tertinggi pada suku keempat 2024 kerana kekurangan bekalan di Indonesia kesan daripada mandat B40 yang meningkatkan kadar penggunaan domestik di negara itu.

“Kesan daripada situasi ini, kami menjangkakan MSM akan didagangkan antara RM4,500 hingga RM5,000 setiap tan pada suku pertama 2025,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Bagaimanapun, Maybank IB menyatakan kebimbangan terhadap prospek harga MSM selepas suku pertama tahun ini, walaupun nisbah penggunaan bekalan minyak sayuran diramal semakin ketat pada 2025.

“Kebimbangan itu berpunca daripada kemampanan mandat B40 kerajaan Indonesia di tengah-tengah penyebaran penggunaan minyak sawit-minyak gas (POGO).

“Mengikut anggaran kami, dana MSM kerajaan Indonesia yang membantu membiayai penyebaran POGO akan kehabisan menjelang akhir suku pertama 2025 berdasarkan kadar penggunaan pada November 2024.

“Difahamkan, kerajaan Indonesia sedang berusaha untuk mengehadkan subsidi kepada sektor perkhidmatan awam hanya pada 2025 dan menaikkan levi eksport,” katanya.

Selepas suku pertama 2025, firma penyelidikan itu menjangkakan harga MSM berada dalam aliran rendah, didagangkan antara RM3,500 hingga RM4,500 setiap tan untuk baki tahun ini.

“Harga luar biasa MSM berbanding minyak sayuran utama lain akan berakhir apabila industri menikmati pemulihan keluaran bermusim pada separuh kedua 2025.

“Kami mengekalkan ramalan harga purata MSM 2025 hingga 2026 sebanyak RM4,000 bagi setiap tan,” katanya. – UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal

Gambar sekadar hiasanKUALA LUMPUR, 10 Januari – Ringgit memulakan urus niaga Jumaat...

Kerajaan jimat RM7.5b setahun dari pelaksanaan subsidi diesel bersasar
Ekonomi

Kerajaan jimat RM7.5b setahun dari pelaksanaan subsidi diesel bersasar

KERAJAAN jangka jana penjimatan sehingga RM7.5 bilion daripada penyasaran subsidi diesel, 80...

Ekonomi

Lebih banyak negara ASEAN sertai BRICS, potensi pengaruhi pertumbuhan ekonomi serantau

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz KUALA...

Ekonomi

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.2%

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 9 Januari- Affin Bank Bhd menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang...