Home Ekonomi MSAM 2024 Mulai 22 Ogos, Tawar Hadiah Cecah RM1 Juta – PNB
Ekonomi

MSAM 2024 Mulai 22 Ogos, Tawar Hadiah Cecah RM1 Juta – PNB

MSAM 2024 Mulai 22 Ogos, Tawar Hadiah Cecah RM1 Juta – PNB

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berucap pada Majlis Jalinan Rakan Korporat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (tengah) pada sesi bergambar bersama rakan-rakan korporat pada Majlis Jalinan Rakan Korporat Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, hari ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad (tujuh, kanan).

SHAH ALAM, 7 Ogos (Livevartha) — Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menganjurkan karnival literasi kewangan perdananya,Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di siniselama empat hari bermula 22 Ogos ini.

Pengerusi Kumpulan PNB Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata penganjuran karnival yang diadakan sejak 23 tahun lepas itu adalah sebahagian daripada komitmen kepada pemegang unit untuk pelaburan sosial dalam pendidikan, peningkatan komuniti, literasi kewangan selain inisiatif perkongsian ilmu.

“MSAM tahun ini bertemakan ‘Kukuhkan Hidup Anda di MSAM’ yangsejajar dengan matlamat PNB untuk mengukuhkan kedudukan kewangan rakyat danmerentas generasi.

“Usaha meneruskan inisiatif kami dari tahun sebelumnya denganelemen pendidikan kewangan dan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) menjadi tumpuan dalam menyuntik inspirasi kepada golongan muda menuntut ilmu dan pendidikan tinggi,” katanya dalam kenyataan media diedarkan pada Majlis Jalinan Rakan Korporat MSAM di sini, hari ini.

Raja Arshad berkataMSAM edisi kali ini turut mengetengahkan lebih banyak aktivitimenyeronokkan melibatkan pengunjung bagi menarik penyertaan segenap lapisan masyarakat.

Selain aktiviti berkaitan celik kewangan dan perkongsian ilmu, program unik lain termasuk Festival Muzik Mini, Karnival Makanan Mini (Maybank Islamic MAE-Dan Selera) dan Festival Auto.

Acarakali ini disertai50 pempamer daripada syarikat-syarikat Kumpulan PNB, ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), badan kawal selia dan agensi kerajaan negeri.

MSAM 2024 turut menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai kira-kira RM1 juta, termasuk seunit pangsapuri perkhidmatan dan sebuah kereta BYD Dolphin Standard, katanya.

Maklumat lanjut MSAM 2024 di https://www.pnb.com.my/msam/ selain media sosial rasmi Instagram mingguusahamdigital manakala Facebook menerusiMinggu Saham Amanah Malaysia.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...