Home Ekonomi MR D.I.Y. rai produk tempatan dengan ‘Bersama Satu Beli Lokal’
Ekonomi

MR D.I.Y. rai produk tempatan dengan ‘Bersama Satu Beli Lokal’

MR D.I.Y. rai produk tempatan dengan ‘Bersama Satu Beli Lokal’

INISIATIF ‘Bersama Satu Beli Lokal’ MR D.I.Y. berlangsung sepanjang September ini.

PETALING JAYA: Peruncit pembaikan rumah terkemuka, MR D.I.Y. Group Berhad (MR D.I.Y.) menawarkan diskaun sehingga 20 peratus melalui inisiatif ‘Bersama Satu Beli Lokal’ MR D.I.Y. sepanjang September ini.

Peruncit itu telah melancarkan inisiatif khas yang menampilkan lebih 60 produk buatan Malaysia sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menggalakkan rakyat Malaysia ‘untuk beli lokal’. 

Produk-produk yang ditawarkan merangkumi spektrum keperluan harian, termasuk perkakasan, barangan keperluan rumah dan produk makanan dan minuman (F&B), semuanya pada harga yang rendah atau ‘Always Low Prices’.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sebagai jenama tempatan yang dibina oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia, syarikat berbangga untuk menyokong perniagaan tempatan. 

“Inisiatif ‘Bersama Satu Beli Lokal’ ini  mempamerkan jenama tempatan yang menawarkan nilai hebat pada ‘Always Low Prices,’ membantu pelanggan kami memanfaatkan ringgit mereka sambil membantu jenama tempatan berkembang dan berkembang maju. 

“Saya menjemput semua orang untuk meneroka produk tersedia di cawangan kami di seluruh negara dan dalam talian,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, jenama Malaysia yang mengambil bahagian dalam inisiatif  tersebut termasuk jenama perkakasan terkemuka seperti PYE, Waxco, dan MR. D.I.Y.. 

Selain itu, jenama keperluan isi rumah yang ditawarkan termasuk Sekoplas, Enviro, Sunrich Jape, Zen, Softlan dan Premier. 

Peruncit turut juga menawarkan beberapa harga hebat untuk produk popular Malaysia seperti cecair pencuci pinggan Sunrich (limau, aloe vera) (satu liter) pada hanya RM8.80 untuk dua unit dan pelbagai pelembut fabrik isian semula Softlan (1.3 liter hingga 1.4 liter) pada RM10.80 untuk dua unit.

Selain itu, pelbagai produk snek dan minuman popular ditawarkan, termasuk Snek Ku, Tong Garden, Julie’s, Mister Potato, Bika, Wise, Super dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ‘Bersama Satu Beli Lokal’ MR D.I.Y. dan rangkaian jenama Malaysia yang ditawarkan, orang ramai boleh melayari laman web www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya di  Facebook dan Instagram.-UTUSAN

Related Articles

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif
Ekonomi

Tabung Haji dijangka umum kadar dividen lebih kompetitif

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji dijangka mampu mengumumkan kadar dividen yang kompetitif...

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan
Ekonomi

Pasaran hartanah dijangka berkembang positif pada kadar perlahan

PROSPEK sektor hartanah terus disokong oleh statistik yang lebih baik termasuk jumlah...

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital
Ekonomi

AEON Bank perkenal PF-i patuh syariah, 100 peratus digital

PETALING JAYA: AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i...

Ekonomi

Ketakutan ketinggalan punca belia berbelanja berlebihan

Sikap ingin memiliki sesuatu dengan segera dan takut ketinggalan menjadi faktor utama...