Home Ekonomi MPOC Alih Fokus Ke Pasaran Alternatif Berikutan Kenaikan Kos Di EU – CEO
Ekonomi

MPOC Alih Fokus Ke Pasaran Alternatif Berikutan Kenaikan Kos Di EU – CEO

MPOC Alih Fokus Ke Pasaran Alternatif Berikutan Kenaikan Kos Di EU – CEO

Kredit foto: Fadzli Ramli

Oleh Fadzli Ramli

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Livevartha) — Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) sedang meneroka pasaran alternatif baharu yang boleh menawarkan akses serta kesaksamaan yang lebih besar selepasPeraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) mula meningkatkan kos menjalankan perniagaan di Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Belvinder Kaur Sronberkata pasaran yang sedang dipertimbangkan merangkumi India, China, ASEAN, Afrika serta Timur Tengah, yang boleh memberi peluang besar kepada pemain industri dan pekebun kecil Malaysia.

Katanya, walaupun Eropah kekal sebagai pasaran penting bagi Malaysia, pelaksanaan EUDR memberi cabaran yang ketara.

Penyelidikan data global menunjukkan pematuhan tersebut boleh membebankan pengeluar minyak sawit sehingga US$1.5 bilion. (US$1 = RM4.38).

“EUDR ialah halangan bukan tarif yang dikenakan oleh Kesatuan Eropah (EU). Ia mendiskriminasi empat komoditi utama Malaysia iaitu minyak sawit, getah, kayu dan koko, dengan menyekat akses pasaran terbuka.

“Keperluan ketat peraturan berkenaan ke atas kebolehkesanan serta geolokasi akan dikenakan, saya tidak menggunakan perkataan 'mungkin' kerana ia memang akan menyebabkan beban kewangan dan teknikal tambahan kepada syarikat Malaysia, khususnya pekebun kecil, selain berpotensi mengecualikan mereka daripada rantaian bekalan EU,” katanya.

Beliau membuat kenyataan ini semasa ucapan alu-aluannya di Forum Minyak Sawit Malaysia Timur (EMPOF) di sini hari ini.

Turut hadir dalam acara itu ialah Pengarah Bursa Malaysia Derivatives Berhad, Mohd Saleem Kader Bakas.

Related Articles

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan
Ekonomi

MYTV Mana-Mana Premium kini boleh ditonton di Google TV pada RM6.90 sebulan

MOHAMMAD Helmi Harith menyempurnakan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran MYTV Mana Mana...

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen
Ekonomi

PMCK tampil 23 sen sesaham di Pasaran ACE, premium 1 sen

PMCK membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa.KUALA LUMPUR: PMCK Berhad (PMCK),...

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah
Ekonomi

Paramount tawar ganjaran percutian kepada pembeli rumah

CHEE Siew Pin (kanan) bersama Robbie Blackwood ketika gimik pelancaran Kempen Traverse...

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 
Ekonomi

Pro-Net, AMTEL meterai MoU urus komponen, pelupusan bateri EV secara selamat 

ZHANG Qiang (kanan) dan Lim Hun Teik bertukar dokumen perjanjian MoU antara...