Home Ekonomi MOT Perlu Selaras Usaha Untuk Industri Maritim Lebih Berdaya Tahan – PM Anwar
Ekonomi

MOT Perlu Selaras Usaha Untuk Industri Maritim Lebih Berdaya Tahan – PM Anwar

MOT Perlu Selaras Usaha Untuk Industri Maritim Lebih Berdaya Tahan – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) meneraju usaha penyelarasan untuk memberikan sokongan kepada industri maritim agar menjadi kuasa kukuh dan lebih berdaya tahan.

Beliau berkata industri perkapalan perlu terus dipertimbangkan sebagai asas yang menyokong kesalinghubungan, sebagai aspek penting dalam perdagangan global.

“Pada masa ini, saya berpandangan lebih 80 peratus, iaitu hampir 90 peratus daripada eksport Malaysia dilaksanakan melalui pengangkutan laut atau industri maritim. Ini bermakna dari segi kos, ia lebih berdaya saing dan disifatkan cekap.

“Kami berbangga untuk memaklumkan bahawa Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau Pinang adalah antara pelabuhan yang akan menjadi lebih berkesan dan berdaya saing.

“Dengan sokongan daripada industri, kita dapat memastikan pelabuhan ini bukan sahaja berada di kedudukan 20 terbaik, malah boleh mencapai tangga 10 teratas,” katanya dalam ucaptama majlis perasmian Minggu Maritim Malaysia 2024 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan Sistem Tunggal Maritim Malaysia (MMSW) sebagai pangkalan data digital pusat dan sumber data umum adalah langkah penting ke hadapan dalam pendigitalan industri.

Anwar menekankan bahawa, sebagai negara perdagangan, dan bagi meningkatkan perdagangan asing, perairan Malaysia harus kekal sebagai pusat dan kawasan yang sentiasa mengalu-alukan semua industri maritim dan negara yang ingin terus berdagang dengan Malaysia.

Beliau berkata, menerusi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Malaysia akan terus menjalin hubungan baik dengan negara jiran dan rakan dagang utama seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China.

“Tidak banyak negara yang bernasib baik seperti Malaysia, yang disifatkan mesra kepada semua negara ini, menjadi sebahagian daripada Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), mempunyai libat urus yang cemerlang dengan AS dan Eropah, dan kini meningkatkan hubungan perdagangan dua hala dengan China,” kata Anwar.

Related Articles

Penggabungan Affin-AMMB jejaskan pemegang saham sedia ada
Ekonomi

Penggabungan Affin-AMMB jejaskan pemegang saham sedia ada

PETALING JAYA: CIMB Securities menjangkakan sebarang kemungkinan penggabungan antara Affin Bank Bhd....

Public Bank catat untung RM1.75 billion
Ekonomi

Public Bank catat untung RM1.75 billion

TAY AH LEKPETALING JAYA: Kumpulan Public Bank mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi...

Hektar REIT nilai semula portfolio, sasar pulangan lebih baik
Ekonomi

Hektar REIT nilai semula portfolio, sasar pulangan lebih baik

KUALA LUMPUR: Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) merangka strategi proaktif...

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa
Ekonomi

MBSB umum kemudahan pembiayaan RM1 bilion dalam sektor aeroangkasa

RAFE HANEEFPETALING JAYA: Kumpulan MBSB mengumumkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM1 bilion bagi...