Home Ekonomi Moomoo, GXBank jalin kerjasama sedia pelaburan lebih mudah, lancar
Ekonomi

Moomoo, GXBank jalin kerjasama sedia pelaburan lebih mudah, lancar

Moomoo, GXBank jalin kerjasama sedia pelaburan lebih mudah, lancar

PETALING JAYA: Moomoo, aplikasi dagangan kini bekerjasama dengan GXBank untuk menyediakan cara pelaburan yang lebih mudah, lancar dan inklusif kepada rakyat Malaysia.

Kerjasama strategik ini menyaksikan integrasi yang membolehkan pelanggan GXBank membuat pemindahan wang segera ke akaun Moomoo mereka dan mula melabur dengan mudah.

Moomoo berkata, sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, pelanggan GXBank yang membuka akaun Universal Moomoo baharu dan membiayai akaun tersebut melalui GXBank akan menerima ganjaran eksklusif, termasuk sehingga 4x saham Grab tambahan dan 1.7x saham Apple sebagai tawaran untuk masa terhad.

“Kerjasama ini mencerminkan visi bersama untuk memperkasa rakyat Malaysia agar mereka lebih yakin dalam mengurus masa depan kewangan mereka.

“Dengan menghubungkan akaun GXBank secara langsung ke Moomoo, integrasi ini menghapuskan halangan lazim dalam pelaburan, memudahkan peralihan kewangan daripada menyimpan kepada membina kekayaan.

“Proses yang lancar ini memastikan pelanggan GXBank mengakses peluang pelaburan dengan lebih pantas dan mudah untuk mengembangkan portfolio kewangan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia, Ivan Mok, berkata: sejak pelancaran di Malaysia awal tahun lalu, pihaknya menyaksikan permintaan yang semakin meningkat untuk alat yang mempermudahkan pelaburan sambil memberikan nilai sebenar.

Katanya, keupayaan untuk menghubungkan akaun GXBank terus ke Moomoo bukan sahaja mengurangkan rintangan tetapi juga memberi kuasa kepada pengguna untuk bertindak atas peluang pasaran tanpa kelewatan.

“Kerjasama ini juga mencerminkan tumpuan bersama kami dalam menyokong pelaburan berinformasi. Dengan pelbagai pandangan berasaskan data kami daripada kewangan visual kepada penyaring pintar, pengguna boleh membuat keputusan dengan keyakinan dan kejelasan.

“Bersama-sama, kami membantu rakyat Malaysia mengambil langkah bermakna ke arah matlamat kewangan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Ketua Pegawai Eksekutif GXBank, Pei-Si Lai berkata bahawa kerjasama ini sejajar dengan misi mereka untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih proaktif dalam masa depan kewangan mereka dan membantu mereka mencapai matlamat kewangan.

Jelas beliau, mengurus kewangan boleh menjadi tugas yang mencabar, namun kami komited untuk menyediakan pengurusan kewangan lebih mudah diakses kepada rakyat Malaysia.

“Melalui kerjasama ini, kami menawarkan akses kepada alat kewangan dan ganjaran eksklusif, memperkasa rakyat Malaysia untuk mengawal kewangan mereka dengan lebih yakin dan mudah.

“Selaras dengan fokus GX 2.0, kami akan meningkatkan inovasi, ciri dan kerjasama industri yang akan memperkukuhkan kesejahteraan kewangan pelanggan kami. Sejuta rakyat Malaysia kini menggunakan perkhidmatan perbankan kami dan telah mencipta lebih daripada 900,000 poket simpanan.

“Kerjasama dengan Moomoo akan menyediakan lebih banyak alternatif kepada pelanggan kami dalam pengurusan kewangan mereka,” tambahnya.

Platform Moomoo memperkukuhkan pengalaman ini dengan menawarkan pelbagai alat dan pandangan untuk menyokong keputusan yang lebih berinformasi.

Daripada data pasaran masa nyata dan berita terkini kepada penyaring lanjutan dan analitik visual, platform ini sesuai untuk pelabur baharu dan pedagang berpengalaman. – UTUSAN

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....