Home Ekonomi Mohd Zuki dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif SD Guthrie
Ekonomi

Mohd Zuki dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif SD Guthrie

Mohd Zuki dilantik sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif SD Guthrie

MOHD ZUKI ALI

PETALING JAYA: Syarikat perladangan, SD Guthrie Bhd. (dahulunya dikenali Sime Darby Plantation) melantik Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya.

Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, SD Guthrie berkata, Mohd Zuki yang juga Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak September 2024 membawa pengalaman lebih tiga dekad beliau dalam perkhidmatan kerajaan.

“Dengan khidmat lebih 30 tahun dalam kerajaan, beliau membawa kepakaran dalam penggubalan dasar, pentadbiran awam dan institusi antara kerajaan,” katanya.

Mohd Zuki juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang ke-15 dari 2020 hingga 2024.

Sebelum itu, beliau adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Disember lalu, Pestech International Bhd. melantik Mohd Zuki sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif.-UTUSAN

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...