Home Ekonomi MOF Gariskan Tiga Keutamaan Jangka Pendek Dalam Belanjawan 2025
Ekonomi

MOF Gariskan Tiga Keutamaan Jangka Pendek Dalam Belanjawan 2025

MOF Gariskan Tiga Keutamaan Jangka Pendek Dalam Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Livevartha) — Kementerian Kewangan (MOF) menggariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi MADANI.

Dalam Kenyataan Prabelanjawan (KPB) bagi Belanjawan 2025 hari ini, katanya tiga keutamaan itu adalah menaikkan siling dari segi menstrukur semula ekonomi supaya lebih bernilai dan berdaya saing tinggi; menaikkan lantai dengan menambah baik mutu kehidupan rakyat dan keterangkuman peluang; dan memperkukuh tatakelola dan penyampaian perkhidmatan awam.

“KPB juga menetapkan tema Ekonomi MADANI: Negara Makmur, Rakyat Sejahtera sebagai panduan kepada proses konsultasi bagi Belanjawan 2025,” katanya.

Kementerian berkata, selari dengan prinsip MADANI, kerajaan komited untuk memastikan proses penggubalan Belanjawan 2025 adalah holistik dan terangkum dengan mengalu-alukan maklum balas daripada semua pihak.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam kenyataan sama menekankan komitmen MOF untuk terus memberi keutamaan terhadap reformasi fiskal dalam belanjawan itu, selari dengan sasaran jangka sederhana yang ditetapkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

“Pada masa sama, MOF juga akan memastikan dasar monetari kekal menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang diterajui oleh sektor swasta,” kata beliau.

Menurut kenyataan itu, ekonomi negara telah melalui peningkatan pertumbuhan yang amat memberangsangkan, daripada 2.9 peratus pada suku keempat 2023 kepada 4.2 peratus pada suku pertama 2024, dan diunjurkan meningkat pada 5.8 peratus pada suku kedua 2024.

“Antara faktor yang menggalakkan pertumbuhan ini termasuk pemulihan eksport yang mengembang sebanyak 5.2 peratus pada suku pertama 2024 berbanding penguncupan 8.1 peratus pada 2023.

“Pertumbuhan pelaburan swasta pula mengukuh kepada 9.2 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 4.6 peratus pada 2023,” kata MOF.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...