Home Ekonomi MNRB Anjurkan Program \’Ringgit Savvy\’ Didik Pelajar Pengurusan Kewangan Pintar
Ekonomi

MNRB Anjurkan Program \’Ringgit Savvy\’ Didik Pelajar Pengurusan Kewangan Pintar

MNRB Anjurkan Program \’Ringgit Savvy\’ Didik Pelajar Pengurusan Kewangan Pintar

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin (duduk, tengah) bergambar bersama pelajar-pelajar SMK Ungku Aziz pada MNRB Ringgit Savvy Programme bersempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2024 di SMK Ungku Aziz, hari ini.

SABAK BERNAM, 20 Ogos(Livevartha) –MNRB Holdings Bhd hari ini menganjurkan inisiatif celik kewangannya yang terkenal iaitu program “Ringgit Savvy”, untuk mendidik dan membiasakan pelajar sekolah menengah dengan pengurusan kewangan pintar melalui pengalaman yang menarik dan interaktif.

Program itu berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ungku Aziz di sini bersempena dengan "Minggu Saham Amanah Malaysia 2024" (MSAM 24) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia Alam dari 22-25 Oktober, 2024, kata MNRB dalam satu kenyataan hari ini.

"Tumpuan kepada program ini ialah 'MNRB Ringgit Journey', iaitu papan permainan yang direka khas oleh syarikat untuk memperkenalkankonsep kewangan utamatermasuk elemen pelaburan, takaful, simpanandan cukaikepada para pelajar," katanya.

Ia berkata permainan itu bukan sahaja mendidik pelajar tentang pengurusan wang tetapi juga mencabar mereka dengan situasi kehidupan sebenar, menguji kebolehan membuat keputusan dan kerja secara berpasukan.

Pada program itu, MNRB turut menyumbang televisyen pintar untuk dewan kuliah SMK Ungku Aziz bagimemperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General BhdDatuk Rudy Rodzila Che Lamin yangmewakili MNRB Groupkepada Pengetua SMK Ungku AzizMohd Sueib Ismail.

"Di samping itu, MNRB komited untuk menambah baik persekitaran sekolah melalui inisiatif 'Tree of Tomorrow' yang bertujuan mewujudkan legasi kelestarian alam sekitar bagi generasi masa depan," kata kumpulan tersebut.

Tetamu selebritiIman Troye membuat penampilan mengejut pada program itu dengan menghiburkan para pelajar serta berkongsi pengalamannya dan memberikan petuaberguna tentang pengurusan wang.

MNRB berharap agar para pelajar bukan sahaja menikmati program tersebut tetapi juga mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan pengurusan kewangan yang bijak, yang akan memberi manfaat kepada mereka sepanjang hayat.

Related Articles

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024
Ekonomi

JCorp catat untung sebelum cukai RM718j pada 2024

SYED MOHAMED SYED IBRAHIMPETALING JAYA: Kumpulan Johor Corporation (JCorp) pertumbuhan keuntungan sebelum...

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)
Ekonomi

Setia capai jualan 70% untuk Nadi (Fasa 3A)

LAKARAN artis pembangunan komersial terbaharu, Nadi (Fasa 3A).PETALING JAYA: S P Setia...

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 
Ekonomi

Hyundai perkenal Staria, Tucson, Santa Fe baharu 

JAHABARNISA Haja Mohideen (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran tiga model baharu...

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler
Ekonomi

Tropicana, MBSB Bank sedia pembiayaan untuk Skypark Kepler

IXORA Ang (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan, Wilayah Selatan Tropicana, Ir....