Home Ekonomi MJets Air, All Nippon Airways memeterai perjanjian strategik
Ekonomi

MJets Air, All Nippon Airways memeterai perjanjian strategik

MJets Air, All Nippon Airways memeterai perjanjian strategik

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) — Anak syarikat MMAG Holdings Bhd, MJets Air Sdn Bhd,telah merasmikan perjanjian trafik antara talian bilateral dengan All Nippon Airways Co Ltd (ANA) Jepun.

MMAG melalui satu maklumankepada Bursa Malaysia hari ini menjelaskan perkongsian strategik itu akan memanfaatkan gabungan kekuatan serta rangkaian kedua-dua syarikat penerbangan untuk mengoptimumkan operasi kargo, proses selain meningkatkan kecekapan keseluruhan.

“Perjanjian itu dijangka mengukuhkan kesalinghubungan antara Asia Tenggara, China, Jepundan rantau Asia yang lebih luas, memastikan aliran kargo yang lebih lancar merentas pasaran utama sambil membenarkan syarikat penerbangan terbabit menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih komprehensif dengan memanfaatkan kapasiti kargo masing-masing,” katanya.

Di bawah terma perjanjian itu, MJets Air dan ANA akan mengangkut penghantaran masing-masing pada laluan yang ditetapkan, dengan caj serta terma yang akan ditentukan berdasarkan kargo sebenar yang dibawa semasa tempoh sah perjanjian.

Perjanjian itu telah berkuat kuasa mulai 10 Ogos 2024sehingga ianya ditamatkan oleh mana-mana pihak.

Perkongsian itu juga dijangka menyumbang secara positif kepada keseluruhan aset bersih masa depan dan pendapatan kumpulan MMAG bagi kewangan tahun berakhir 30 Sept 2024.

— Livevartha

Related Articles

Ekonomi

Pasaran getah dijangka terus lemah akibat ketidaktentuan global

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 19 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...

Ekonomi

Ringgit mengukuh pada pembukaan berikutan kelemahan dolar AS

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 18 April – Ringgit mengukuh berbanding dolar...

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan
Ekonomi

Malaysia terima dorongan dalam perdagangan, pelaburan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) mengadakan pertemuan dua hala dengan...

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia
Ekonomi

Robert Kuok kekal individu terkaya di Malaysia

Tan Sri Robert KuokPETALING JAYA: Kekayaan kolektif 50 taikun utama Malaysia meningkat...