Home Ekonomi MITI bawa usul kesan tarif AS ke mesyuarat ASEAN minggu hadapan
Ekonomi

MITI bawa usul kesan tarif AS ke mesyuarat ASEAN minggu hadapan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 April – Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengemukakan kajian terperinci minggu hadapan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap beberapa sektor eksport utama negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz akan mempengerusikan mesyuarat secara maya bersama semua Menteri Ekonomi ASEAN bagi merangka satu tindak balas serantau yang lebih bersepadu.

“Saya sentiasa berhubung dengan para pemimpin ASEAN bagi memastikan persefahaman ini dicapai serta menyelaraskan tindak balas bersama terhadap Amerika Syarikat. Semua pilihan akan dikaji dan dipertimbangkan demi memastikan kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan kita,” kata Anwar dalam satu hantaran video hari ini yang menyentuh isu tarif AS.

Jelas Anwar, kerajaan akan terus mempercepatkan agenda reformasi ekonomi dan industri, termasuk menerusi pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara.

Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia turut akan menerajui usaha serantau untuk mengekalkan rantaian bekalan terbuka dan berdaya tahan, bagi memastikan suara ASEAN didengar dengan jelas di pentas antarabangsa.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi, meskipun sekiranya tarif 24 peratus oleh AS dilaksanakan.

Katanya, ini kerana ekonomi negara kekal berdaya tahan, didorong oleh asas makroekonomi yang kukuh.

“Sekiranya tarif 24% dilaksanakan, dari sudut ekonomi, unjuran pertumbuhan KDNK bagi tahun 2025 sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus perlu disemak semula.

“Namun begitu, buat masa ini, izinkan saya memberi jaminan bahawa kerajaan tidak menjangkakan kemelesetan di Malaysia. Ekonomi kita kekal berdaya tahan,” katanya.

Tambah beliau, kekuatan ekonomi negara turut disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh, pelaburan domestik yang mantap, hasil pelancongan yang memberangsangkan serta pelaksanaan berterusan pelan induk nasional.

Related Articles

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku pertama 2025

MOHD. UZIR (kiri) dan Abdul Rasheed (kanan) membentangkan prestasi ekonomi Malaysia suku...

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan
Ekonomi

Rumah mampu milik gagal disebabkan faktor lokasi, mutu binaan

RUMAH mampu milik perlu dibina dengan lokasi yang strategik serta mutu binaan...

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran
Ekonomi

Permintaan rumah mampu milik bawah RM500,000 terus dominasi pasaran

Pengurus PropertyGuru & iProperty, Kenneth Soh pada Laporan Kemampanan PropertyGuru Group 2024...

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China
Ekonomi

Sektor sarung tangan tempatan dijangka terkesan susulan perubahan tarif AS-China

PETALING JAYA: Sektor sarung tangan getah tempatan dijangka terjejas susulan pengurangan sementara...