Home Ekonomi MIDF Amanah Kekalkan Unjuran Pertumbuhan IPP Pada 4.2 Peratus Pada 2024
Ekonomi

MIDF Amanah Kekalkan Unjuran Pertumbuhan IPP Pada 4.2 Peratus Pada 2024

MIDF Amanah Kekalkan Unjuran Pertumbuhan IPP Pada 4.2 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Livevartha) –MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pada 4.2 peratus tahun ini (2023: +0.7 peratus) apabila aktiviti pengeluaran bertambah kukuh pada suku kedua 2024.

MIDF Amanah dalam satu nota penyelidikan berkata ia menjangkakan permintaan luaran akan pulih, menyokong pengeluaran yang lebih tinggi bagi pelbagai produk eksport termasuk produk elektrik dan elektronik (E&E).

Pengeluaran produk berorientasikan domestik juga akan meningkat dengan penggunaan peringkat tempatansemakin meningkat, kata bank pelaburan itu.

Bagaimanapun,MIDF Amanah bimbang mengenaiinflasi lebih tinggi akan menjejaskan sentimen pengguna dan rancangan perbelanjaan bersama-sama dengan risiko penurunan yang lain.

“Sektor luaran secara serentak boleh dilanda kejatuhan ketara dalam permintaan luar negara, memandangkan kebimbangan baru-baru ini mengenai pertumbuhan lemah di China dan kemelesetan Amerika Syarikat (AS).

“Kami juga memantau konflik geopolitik yang berlaku sekarang, iaboleh mengganggu aliran perdagangan dunia dan rantaian bekalan global,” katanya.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), IPP Malaysia meningkat lima peratus tahun ke tahun pada Jun 2024, mengekalkan momentum positif selama enam bulan berturut-turut, didorong oleh pertumbuhan sektor pembuatan konsisten.

Pembuatan berkembang sebanyak 5.2 peratus (Mei 2024: 4.6 peratus) dengan pemulihan 4.9 peratus dalam pengeluaran sektor perlombongan (Mei 2024: -6.9 peratus) sertapertumbuhan 3.5 peratus dalam sektor elektrik (Mei 2024: 4.5 peratus).

Hong Leong Investment Bank Bhd berpendapat Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan global menguncup kepada 49.7 pada Julai 2024 (Jun: 50.8) dalam persekitaranpenurunan dalam pesanan baharu dan gangguan rantaian bekalan.

Related Articles

ASEAN perlu pelan ekonomi seperti RMK, perkasa blok serantau
Ekonomi

ASEAN perlu pelan ekonomi seperti RMK, perkasa blok serantau

SUASANA sekitar Persidangan ASEAN-GCC 2025, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini...

Petronas Dagangan raih untung RM293.5 juta pada suku pertama 2025
Ekonomi

Petronas Dagangan raih untung RM293.5 juta pada suku pertama 2025

AZRUL OSMAN RANIPETALING JAYA: Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) mencatatkan keuntungan bersih...

ASNB lancar Kempen Labur & Level-Up, tawar hadiah keseluruhan RM1.18 juta
Ekonomi

ASNB lancar Kempen Labur & Level-Up, tawar hadiah keseluruhan RM1.18 juta

FADZIHAN (tengah) bersama para pemenang Kempen #SimpanJe & Menang dan Kempen Seikhlas...

Sidang Kemuncak ASEAN berpotensi jana RM300 bilion FDI
Ekonomi

Sidang Kemuncak ASEAN berpotensi jana RM300 bilion FDI

PETALING JAYA: Sidang Kemuncak ASEAN berpotensi menarik sehingga RM300 bilion pelaburan langsung...