Home Ekonomi MIDA, MTUN jalin kerjasama bangunkan bakat TVET
Ekonomi

MIDA, MTUN jalin kerjasama bangunkan bakat TVET

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid (empat, kanan) pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara MIDA dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) di MIDA Sentral / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 16 Oktober – Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) telah menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan bakat berkemahiran tinggi melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Kerjasama itu bertujuan memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga kerja mahir dalam sektor pembuatan yang pesat membangun.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid berkata gabungan usaha kedua-dua pihak akan melahirkan generasi baharu profesional berkemahiran tinggi.

Bercakap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara MIDA dan MTUN, kerjasama tersebut menggariskan beberapa bidang tumpuan utama.

Ini termasuk menyelaraskan penawaran buruh dengan permintaan industri serta membangunkan modal insan melalui program pembangunan bakat TVET.

Perkongsian itu juga akan memudahkan pemindahan pengetahuan dari sektor industri kepada akademik.

Related Articles

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022
Ekonomi

Purata gaji dan upah pekerja naik kepada RM3,332 sebulan pada 2022

PETALING JAYA: Purata gaji dan upah bulanan pekerja pada 2022 adalah sebanyak...

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau
Ekonomi

IFIRST Bank Islam perkasa PKS, syarikat sederhana ke arah ekonomi hijau

MOHD. Muazzam Mohamed (tiga dari kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk...

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam
Ekonomi

Sektor pembinaan terus rancak dipacu projek infrastruktur awam

PROJEK LRT Pulau Pinang adalah projek infrastruktur terbesar yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan...

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E
Ekonomi

Rundingan perdagangan Malaysia-AS sentuh kestabilan pelaburan E&E

PETALING JAYA: Rundingan tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) bukan sekadar...