Home Ekonomi MHB Kembali Raih Keuntungan Pada Suku Kedua Catat Untung Bersih RM73.92 Juta
Ekonomi

MHB Kembali Raih Keuntungan Pada Suku Kedua Catat Untung Bersih RM73.92 Juta

MHB Kembali Raih Keuntungan Pada Suku Kedua Catat Untung Bersih RM73.92 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Ogos(Livevartha) –Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) kembali meraih keuntungan pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 denganmerekodkankeuntungan bersih sebanyak RM73.92 juta berbandingkerugian bersih RM388.70 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Bagaimanapun,hasilmerosot kepadaRM900.03 juta daripada RM1.06 bilion sebelum ini, disebabkan terutamanya disebabkan oleh hasil yang lebih rendah dalam segmen kejuruteraan berat.

"Kumpulan mencatatkankeuntunganoperasi sebanyak RM79.1 juta, menunjukkanpeningkatan sebanyak RM464.4 juta berbanding kerugian operasi RM385.3 juta pada suku yang sama, disumbangkan oleh prestasi yang lebih baik daripada segmen kejuruteraan berat dan marin," kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini,

MHB berkata kumpulan itu sedang meneroka portfolio seimbang dalam bidangtenagakonvensional dan bersih sertamenyasar menambahkanpelanggankapal pengangkut gas asli cecairnya (LNGC)memandangkan bilangan kapal yangsemakin meningkat dalam pasaran.

"Bagaimanapun, persaingan sengit antara pemain terus membericabaran memandangkan kemunculan limbungan pembaikan LNGC baharu di negara jiran dan China," katanya.

MHB berkata konflik geopolitik yang berterusan dan landskap operasi yang tidak menentu telah menyebabkan gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuanharga.

Oleh itu, kumpulan akan terus memperbaiki strategi komprehensifnyabagimengurangkan risikoini.

–Livevartha

Related Articles

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah
Ekonomi

MBSB Bank, iFAST Malaysia lancar produk unit amanah

KETUA Pegawai Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (kiri) bertukar dokumen dengan Dennis...

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi
Ekonomi

De’Xandra, Richiamo Coffee perkenal empat pewangi kereta beraroma kopi

SAFWAN Ismail (tujuh kiri) dan Muhamad Zamry Abu Samah (lapan kiri) pada...

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata
Ekonomi

Rakuten semak turun FBM KLCI 2025 kepada 1,630 mata

BURSA Malaysia.PETALING JAYA: Rakuten Trade Sdn. Bhd. menyemak turun unjuran FTSE Bursa...

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif
Ekonomi

SST beri kesan minimum kepada sektor automotif

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan bermula...