Home Ekonomi MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang
Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai mempertimbangkan pembelian barang kemas sebagai bukan sahaja perhiasan, tetapi juga sebagai satu bentuk pelaburan jangka panjang.

Presidennya, Datuk Louis Ng berkata, dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu serta ketegangan geopolitik, emas kekal menjadi aset bernilai yang mampu mengekalkan nilainya berbanding wang kertas.

\”Harga emas adalah untuk jangka masa panjang. Ia akan terus naik, sama ada kita suka atau tidak. Kalau nak banding dengan wang kertas, wang kertas dia supply tiada limit. Emas sangat terhad, dalam setahun, hanya kira-kira 1,500 tan dihasilkan oleh lombong-lombong emas,\” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media di Rumah Terbuka Aidilfitri Public Gold.

Beliau turut menggalakkan orang ramai mengamalkan tabiat membeli emas secara berperingkat, sama ada dalam bentuk barang kemas, dinar atau jongkong kecil, sebagai simpanan masa depan.

Related Articles

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion
Ekonomi

Jumlah pelaburan Ekuinas meningkat kepada RM4.9 bilion

PETALING JAYA: Jumlah pelaburan komited Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) bagi tahun kewangan...

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan
Ekonomi

Malaysia masih bergantung tinggi kepada import makanan

FADILLAH Yusof semasa ucaptama di Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024...

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau
Ekonomi

ASEAN mampu jana RM1.27 bilion hasil agenda hijau

TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZKUALA LUMPUR: ASEAN boleh menjana tambahan AS$300 bilion (RM1.27...

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat
Ekonomi

Rasionalisasi subsidi RON95 jangka ditunda ke suku keempat

GAMBAR HIASANPETALING JAYA: Rasionalisasi subsidi bahan api RON95 mungkin akan ditunda ke...