Home Ekonomi Metro Healthcare meterai perjanjian dengan MIDF Amanah IB
Ekonomi

Metro Healthcare meterai perjanjian dengan MIDF Amanah IB

Metro Healthcare meterai perjanjian dengan MIDF Amanah IB

Majlis memeterai perjanjian penaja jaminan antara Metro Healthcare bersama MIDF Amanah Investment Bank Berhad

KUALA LUMPUR, 29 September- Metro Healthcare Berhad memeterai perjanjian penaja jaminan bersama MIDF Amanah Investment Bank Berhad bagi 34.26 juta saham sempena pemindahan penyenaraian Metro ke pasaran ACE Bursa Malaysia.

Dalam satu kenyataan, penyedia penjagaan kesihatan itu yang kini disenaraikan di pasaran LEAP berkata, tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu di pasaran ACE memerlukan terbitan 156.63 juta saham baharu.

Ia mewakili 16 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan kumpulan itu sebanyak 978.91 juta saham.

Daripada saham baharu tersebut, sebanyak 3.5 peratus daripada modal saham yang diperbesarkan, dibuka untuk permohonan kepada orang awam.

Manakala 12.5 peratus kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Pelaburan , Perdagangan dan Industri.

Pengarah Urusan Metro, Lim Wai Khong berkata, pangkalan pelabur ACE yang lebih luas bukan sahaja meningkatkan kecairan saham, tetapi juga bagi meningkatkan profil syarikat.

Katanya, peralihan itu juga memberi mereka platform pengumpulan dana yang lebih besar dan akses kepada modal yang diperlukan.

MIDF Amanah Investment Bank merupakan penasihat utama, penaja jaminan dan ejen penempatan yang dilantik untuk IPO Metro.

Related Articles

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20
Ekonomi

Ringgit dijangka terus mengukuh, potensi cecah paras RM4.15 hingga RM4.20

PETALING JAYA: Ringgit dijangka terus mengukuh dalam masa terdekat, berpotensi mencecah antara...

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan
Ekonomi

Tarif AS: Malaysia kekal berdaya tahan

PUTRAJAYA: Malaysia masih berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara serantau seperti...

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei
Ekonomi

1,000 unit Tiggo Cross sudah ditempah sejak Mei

MICHAEL Chew (kiri) dan Hannah Yeoh (dua dari kanan) dalam majlis pelancaran...

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025
Ekonomi

Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025

CHUA KIM SOONPETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans...