Home Ekonomi Mesyuarat Pertama ASEAN+3 di Kedah garis keutamaan ekonomi negara anggota
Ekonomi

Mesyuarat Pertama ASEAN+3 di Kedah garis keutamaan ekonomi negara anggota

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 berlangsung dari 14 hingga 15 Januari di PARKROYAL Langkawi Resort, Kedah

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 yang berakhir hari ini menggariskan Keutamaan Ekonomi Utama ASEAN 2025.

Antara Keutamaan Ekonomi Utama ASEAN termasuk meningkatkan akses kepada pembiayaan untuk peralihan yang mampan dan adil terhadap Iklim di ASEAN.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, keutamaan lain juga termasuk mempercepat pertumbuhan pasaran modal ASEAN yang lebih mampan dan inklusif.

Manakala keutamaan ekonomi utama Asean+3 pula termasuk keahlian penuh negara anggotanya dalam Southeast Asia Disaster Risk Insurance Facility (SEADRIF) dan perluasan keahlian ASEAN+3 Finance Think-tank Network (AFTN).

Mesyuarat tersebut berlangsung pada 14 hingga 15 Januari 2025 di Langkawi Kedah dan dihadiri oleh 135 pegawai serta anggota delegasi daripada Kementerian Kewangan dan bank-bank pusat negara anggota ASEAN+3.

Ia termasuk ASEAN, Republik Rakyat China (PRC), Republik Korea dan Jepun.

Related Articles

Ekonomi

MGA galak pembelian barang kemas sebagai pelaburan jangka panjang

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 26 April- Persatuan Emas Malaysia (MGA) menyarankan orang ramai...

Ekonomi

Pelabur AS kekal komited, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab semikonduktor global

FOTO FB Tengku ZafrulKUALA LUMPUR, 26 April- Walaupun berdepan cabaran geopolitik dan...

Ekonomi

Malaysia perkukuh peranan sebagai hab halal global di Expo Osaka 2025

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 26 April- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama antarabangsa serta...

Ekonomi

Pasaran getah kekal lengang, peniaga tumpu tambah stok minggu depan

Foto Hiasan / FailKUALA LUMPUR, 26 April – Pasaran getah Malaysia dijangka...